Showing posts with label tahpape. Show all posts
Showing posts with label tahpape. Show all posts

Monday, October 24, 2011

SENTAP

Sentap jugaklah sikit-sikit.

Tapi aku sabarkan ajelah diriku ini sebab mengenangkan nasib orang merantau kan.

Aku rasa macam dah banyak mengalah, membantu dan menolong. Aku menolong dengan seikhlas hati. Sebab aku tau, insyaAllah satu hari nanti Allah akan beri ganjaran yang lebih besar kepada aku.

I did everything from scratch till its nearly done. Sedangkan its not my job, bukan di assignkan untuk aku pun.

Tapi orang tu tak pandai pulak nak appreciate.

Lepas tu tadi, aku rasa ter"smash" kat batang hidung bila orant tu tegur anak murid yang membantu aku buat keje-keje tu semua.

Kalauu dia rasa insecure with that little kids help. Apakata kamu yang membantu.

I have thousands paper to staple, arrange and distribute. Including yours.

Itupun request tulis nama anak murid dia seksiap.

Ah! Takde masa.

Aku pun banyak lagi urusan nak kena fikir.

Friday, March 25, 2011

LELAKI PILIHAN?

Entry ni dah lama tertulis, tp baru tergerak hati nak publish.

Nak kata aku berpengalaman, tak jugak. Tapi, aku mampulah untuk membezakan antara kaca dan permata bila bertahun-tahun melalui saat-saat getir bergelar seorang pecinta. Setialah macammana pun, kau tetap di gelar curang. Sedangkan hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.

Ramai kawan-kawan aku yang mengadu tentang kisah percintaan mereka. I only can response based on my knowledges. Yang lain terpulang pada mereka sebab itu pilihan hidup mereka. Macammana kawan-kawan dan keluarga aku bagi aku hak untuk memilih jalan hidup, macam tu jugak aku praktikkan bila kawan-kawan mengadu tentang perkara yang sama.

Tapi, selalunya apa yang aku expect dari penceritaan kawan-kawan adalah betul.

Jadi, ni ada sedikit nasihat dan panduan untuk mereka yang bercinta dan dilanda masalah.

Please say a BIG NO to this type of a guy.


1. Jenis cepat tangan. Kalau korang pernah kena belasah, please stop your relationship. Mungkin sekali dua korang rasa boleh dimaafkan. But, percayalah. Lelaki jenis ini susah untuk berubah.

2. Panas baran. Mulut asyik nak maki hamun or jadikan korang sebagai his punching bag. Semuanya korang yang salah. Yang tak kena semua korang. Ini pun jenis susah nak berubah.

3. Kalau dia mula bercakap " I dont want to have any commitment...". Tapi, korang dilayan macam gf dia. Cemburu bila ada lelaki lain yang cuba nak berkawan dengan korang... Percayalah, sebenarnya dia ada orang lain. Cemburu-cemburu tu hanyalah DRAMA.

4. Bila korang dapat tangkap yang boyfriend korang tido dengan pompuan lain. Siap berbukti bagai. Jadi, nak tunggu ape lagik kan? Dah terang lagi bersuluh.

5. Bila handphone adalah barang yang paling korang tak boleh sentuh. Seriously, u shud be suspicious about this condition. Kalau tak da apepe, kenapa mesti sorok atau takut? Takut terkantoi kau sebenarnya berskandal dengan pompuan lain? Takut terkantoi SMS2 or maybe gambar-gambar pompuan lain yang tak sepatutnya?

6. Bila korang call tak berangkat. SMS tak berjawab. Kalau tak angkat sbb ada hal, alasan boleh diterima. SMS tak berjawab sebab sibuk pun boleh diterima. But, tak boleh ke reply call or SMS bila segala kerja selesai. Kalau dia betul sayang habis kat korang, mesti dia akan return ur call or SMS punyalah.

7. Banyak alasan bila diajak berdating.

8. Forever out station tak kena tempat. Forever busy. Forever marah-marah bila korang call. Sedangkan selama ni takda pulak out station, busy dan marah-marah. Ada yang tak kena la tu.

9. Sweet talker. Percayalah, lelaki jenis macam ni kebanyakkannya adalah hipokrit. Cakap baik, alim... tak pernah lepas dari bercakap tentang agama dan tuhan, tp sebenarnya? Hanya Allah sahaja yang tahu.

10. Yang suka cemburu buta dan cari pasal tak tentu arah secara tiba-tiba. Must be something wrong somewhere. Cuba selidiik kalau tetiba bofren korang buat tebiat kan....

1o je dulu....

Ada lagi satu.

Think twice dengan lelaki yang lebih suka korang berseksi meksi tayang body dari tutup aurat atau berpakaian sopan.... Kenapa? Sendiri mau ingatlah.....

Oh, ada lagi satu. Dont judge the book by its cover.

Lain-lain, korang buat la kaji selidik sendiri.

Pesanan penaja:
Kesetiaan, cinta dan kasih sayang tidak boleh diukur dari pakaian, pangkat dan wang ringgit. Ianya lahir dari hati yang ikhlas.

Monday, February 28, 2011

WHAT A DAY.

Aku rasa nak menulis.
Macam-macam ada dalam kepala ni.
Tapi tak dapat nak di jelaskan.
Rasa kepala berat.
Tak bersemangat.
Lemah, layu dan longlai.

Dalam kepala ni.
Hanya ada semata-mata saat indah cuti sekolah nanti.

Hari ni dapat dua berita gembira.

Pertama, dapat anak buah baru. (mrhusband side).

Kedua, tak semena-mena, mrhusband telefon!
Aku sampai ingat ringtone tu dari handphone Nik.
Macam tak percaya bila mrhusband nickname appeared,
Together with his picture...

Rasa terawang-awang.

Tapi nak bercakap tu rasa kekok sket.
Sebab dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak bercakap dengan dia.
Almost 2 months.

Speechless.

Ok. Dahla.

Masih rasa tak sihat.
Masih segala bagai rasa.

Dan hari persekolahan hari ini diakhiri dengan,
Jadual baru.
Dan bakal bertukar lagi hujung bulan Mac.

I just couldn't understand.

Sunday, February 27, 2011

DEMAM

Hari ni penulis blog tak sihat.
Demam.
Nak menulis pun takda idea.
Tangan lenguh nak menaip.

Oklah.
Nak tengok TV.
JJCM.
Balik ni boleh plan nak cari makan katner.

Saturday, February 19, 2011

BILA NAK DAPAT DUIT TERPIJAK?

Ni la dia ni. Baru je berazam nak jimat duit. Baru je berjanji sehidup semati nak saving duit for our coming tret tet tet with mr husband.

Sekali........ bila ada duit lebeyh sket. Sket jeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ok..... Mulalah dalam kepala ni ligat nak macam-macam. (ni kes February tak fly to Miri la nie....)

Pastu pulak, ada ura-ura nak datang duit terpijak kerajaan bagi. Eh? Duit apakah?.... Opssss, nasib baik tak terlepas.......

Terusla mengusha tote bag.

Alasan? Sebab takde tote bag lagik.

Ini bukan pilihan pertama. Tetapi harganya antara yang termurah dalam list aku ni.

Yang ni antara pilihan hati. Tapi paaaaaaaaaaaaling mahal dalam list idaman kalbu. More than 1k. *lap-lap peluh.
Long champ.......... simple tapi sesuai dengan taste I. Eh? Sejak bila ko jadi simple ni Teh? Sejak jadi wife Zawi laaaaaaaaaaaa......

Mr husband sangat-sangat simple orangnya. Tak cerewet. Tak banyak songeh. Tak pernah merungut. Semuanya sangat-sangat simple. Kool je...

Eh? Apesal cite pasal husband lak ni? Takkan nak samakan husband dengan tote bag pulak kan?

(Sebenarnya hint untuk mr husband, tu pasal membodekkkkkkkkkkkkk lebey sket)

Another long champ. Nice art.

Cantek jugak dan sedang salesssssssssssssssss....

Ni pun not bad gak. Boleh match dengan semua baju. And most important thing... mesti muat masuk my netbook........ Maklumla, manusia nomad macam aku ni kena lengkap segala.....

Last but not least, nak share kat korang pasal beg hantaran aku.

At last, I decided to buy coach.... walaupun begituu banyak pancaroba dalam proses nak membeli tu... (haha! ni aku exaggerate).

Mr husband tak melarang. Dia cuma nasihat je hari tu. Tapi kalau dah dia beli baju, seluar, kasut dan segala jenis barang dia pon over dari hantaran mak....

Haruslah mak demand kan?

So, dipersembahkan......


Terlupa la pulak ni adik beradik coach yang mana.

So, anyone interested to buy authentic coach with an affordable price?
Please visit

princessvictoria

Mak saje je promote. Mak tak dapat komisyen mahupun diskaun. Ini adalah khidmat awam kasi korang pulak habis duit bershopping. Muahahahaha!

Friday, February 18, 2011

EPAL, KAU PERIOD KAH?

Hari Jumaat lepas, aku balik dari sekolah. Tengok bawah tudung saji, mak tak masak apepepe...

Oit! Kau ingat kau budak sekolah kah? Kau tu cikgu ok... cikgu!

Sorry, lupa daratan sebentar....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Aku pun merengeh lapar dengan si Nik. Buka peti ais tade apa yang boleh dimakan kecuali makanan-makanan segera dan ringan. Pau yang perlu dikukus. Maggi yang perlu dijerang. Beger yang perlu digoreng.

Ah! Malas!

Walaupun aku sudah menjadi isteri orang. Aku tetap manusia biasa.

Sekali ternampak buah epal dan pear dalam peti sejuk hasil peninggalan adik iparku, Zazi. Dah 2 minggu berlalu, tp kelihatan sangat segar. Buah epalnya merah menyala.

Lalu aku merengek lagi kepada Nik. Lapar, nak makan buah tapi malas nak kupas.

"Mehla aku kupaskan...". Nik menyerah diri di atas kemengadaan aku itu.

"Yeay. Ok. Nanti kita makan sama-sama ok?".


Lepas aku golek-golek kat ruang tamu sambil tengok tv. Nik pun menghidangkan ini....


Yang ada warna merah tu buah epal. Macam period pulak buah epal tu aku tengok....

Nampak sangat banyak penggunaan pewarna tiruan.

Sungguh tak menyihatkan.

Jadi, berhati-hatilah membeli apa jenis barang sekalipun. Bukan sekadar risaukan barangan tiruan, malahan pewarna tiruan.

Sekian. Pesanan khidmat masyarakat ini tidak disponsor oleh sapa-sapa.

Maklumla, blog I ni takde nufnang... Buat la iklaan sendiri.

Wakakakakakakaka!!! (Tiru gelak mr husband)

Monday, February 14, 2011

MEMANG MUSTAJAB!


Losyen mustajab yang memang mustajab. Selalunya, mr husband and I akan pakai benda ni bila nak tidur malam (mcm baby kan?). Tak pun bila susah nak pi toilet. Tapi, last nite I dah jumpa kegunaan yang baru.

I was suffering from batuk berkahak yang tak mahu2 kuar since last week. Seksanya bila nak tidur malam. Last-last, capai losyen mustajab tepi katil, sapu kat dada. Sekali, terus tidur nyenyak u ols......

Cuma terjaga at 3am (rutin ni sebenarnya), batuk-batuk dan terkeluarlah segala yang tersekat. Fuh! Lega.

Mlm ni nak pakai lagik. Semoga cepat sembuh dengan sapuan losyen mustajab as I am not pemakan ubat tegar.

Monday, February 7, 2011

ERGH!

Macammana seseorang yang sepatutnya tahu, tapi tak tahu bahawasanya pekeliling cuti bersalin 90 hari dah keluar?

Konfiden lak tu kata pekeliling tu tak kuar lagi, jadi dia tak boleh luluskan cuti bersalin 90 hari yang dimohon. Takde pun inisiatif nak tanya dah ada ke belum.

Tak! Tak! Bukan aku yang mohon.

"Patotla dia kata dia bagi 2 bulan cuti je bila ada yg kata nak cuti 3 bulan nanti."

Jadi, pada yang berkenaan. Sila rujuk link dibawah la ye

Pekeliling cuti bersalin 90 hari.