Wednesday, October 19, 2011

SUAMI YANG PENYABAR

Jam pukul 6.30. Husband dah banyak kali suruh aku mandi dan solat maghrib.

Husband : U.... pergila mandi. Pastu solat sekali.

Wife : Kejap-kejap. Ada benda nak baca ni. (meneruskan surfing)

5 minit kemudian,

Husband : U... pergila mandi. Solat maghrib. I takpe, I boleh jamak.

Wife : Ye... kejapp.....

Tak lama lepas tu, dengar bunyi air dalam toilet. Aku toleh belakang, husband dah takde. Sudah! Dahla husband ni mandi lama. Paling kejap 20 minit.

Aku dah gelisah takut terlepas waktu maghrib sbb waktu isyak pukul 7.24 di Miri.

Aku pun mulala berapi-api. Duduk diam-diam, muncung tepi katil.

25 minit lepas tu husband pun keluar dari toilet, bila dia nampak je muka aku muncung macam tu, terus dia tanya.

Husband : Apahal ni?

Maka, meletup sudah la itu gunung berapi.

Wife : U laaaaaaa!!!!! Bukan nak bagitau u nak mandi. (suara tinggi)

Husband : Apehal? Selama ni I mandi, I bagitau u ke? (bertenang je)

Wife : U dah la mandi lama. Nanti I tak sempat nak semayang maghrib. U jangan semayang dulu, bagi I semayang dulu. U semayang pun lamaaaa.....

Husband diam je, aku terus lari ke toilet.

Dalam hati masa tu rasa bersalah sangat sebab tinggi suara kat dia. Tapi husband tu bertenang je macam takde apa yang berlaku. Aku paling takut kalau weekend kami spoil dengan benda-benda remeh macam ni sebenarnya.

Keluar je dari toilet, husband tengah pakai baju sambil mulut terkumat-kamit beristighfar.

Mungkin tu cara dia nak menenangkan perasaan dia dengan perangai wife yang tak tentu arah ni.

Esoknya masa kitorang borak-borak, tetiba dia kuarkan satu ayat;

"Kalau I, I pun tak suka orang tinggi-tinggi suara dengan I. Marah-marah I...."

Dear husband,

I minta maaf dan terima kasih kerana tidak pernah meninggi suara ataupun marahkan I tak tentu pasal. Terima kasih kerana sentiasa menyedarkan I dengan cara yang paling berhikmah. I janji I akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk you.....

1 comment:

Farah said...

bertuah dapat suami yang sabar..kita pon kena sama2 tahan sabar kalau tak rase malu kat diri sendiri kan?