Thursday, October 6, 2011

BILA HUSBAND MEMBEBEL.

Baru nak tau cemanee penangan lelaki yang banyak diam ni membebel?

Tapi, membebel dalam message FB je la.

For past these few days, husband adalah sering mengadu tentang sakit otak yang dialaminya kerana melayan seorang anak muridnya yang amat bermasalah. Jadi, hari-hari lah dok buat research cemane nak tangani masalah ni.

Oh! Husband saya adalah guru pemulihan. Membantu anak-anak slow learner. (Tetiba terasa suami saya hebat sebab diri sendiri akan naik angin bila mengadap budak-budak yang banyak pe'el ni). Haha.

Last weekend, tengah syok-syok lepak-lepak atas katil hotel, tetiba husband yang tengah surf internet bagitau macam ni.

"U kenal tak... (ok, lupa nama)?. U tak tau dia tu dulu ada brain damage tau masa umur dua tahun. Tapi sekarang dia adalah seorang doktor gigi. Lepas dia kena brain damage tu, mak dia selalu buat terapi. Tapi sampai sekarang, dia kena makan ubat anti stress untuk menenangkan otak dia....Walaubagaimanapun, dia tetap jadi somebody."

Tu takpe lagi. Dapat gak aku knowledge dan kesedaran.

DONT UNDER ESTIMATED YOUR SLOW LEARNERS!

Pastu pagi ni dia membebel lagi.

"I tengah baca ni. How to distinguish lazzzzzy anddddd sloooow leaaaarner. Lepas ni jangan nak kata orang malas. "

"Kalau takde orang malas, takde la remote TV. Nanti kenala kita berjalan ke TV kalau nak tukar channel. "

"Kalau takde orang malas, takde la aircond. Kenala kita cari kertas, kipas diri sendiri."

"Kalau takde orang malas, takde la komputer atau typewriter. Kena la kita menulis panjanggggggg berjela...."

Sekian bebelan dan motivasi untuk hari ini.

Mulai hari ini saya akan think positive dan cuba membantu anak-anak murid saya yang MALAS.

Tapi, kalau suami yang MALAS cemaner pulak ek?

Haha!

No comments: