Friday, October 28, 2011

MEETING

Every weekend ada meeting.
Every weekend ada activities.
Kalau kena hari husband turun Miri.
Sabarkan aje la.
Kalau boleh nak habis cepat-cepat.

Eh. Melalut.

Esok, end of October.
Meeting lagik!
And I will be one of the presenter.
To present SPBT under HEM.

Beranikah aku?

Hakikatnya?
Seram sejuk.

Walaupun esok kali ke 4 di depan orang ramai.
Dalam tempoh 4 bulan berkhidmat di sini.

(Lagi kita tak suka nk buat benda tu, lagi kita kena buat kan? Samala macam keadaan aku ni. Aku tak suka bercakap depan orang ramai sejak aku ada penyakit low self esteem. Maklumla, dulu asik kene cacikejimaki, maka selalu rasa rendah diri dan lemah dan kurang kasih sayang. Haha! Melalut dah.)

But husband said,

Ingat Allah. Niat nak berkongsi ilmu kerana Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Semoga dipermudahkan oleh Nya.

p/s: pagi tadi, tiba-tiba husband bahasakan panggilan untuk saya permaisuriku. terus terasa terawang-awang. bestnya perasaan itu....

Monday, October 24, 2011

EXAM WEEK AT SEKOLAH BARU

Exam week bermula. Hari ni aku jaga tahun 1 Amanah. Masuk kul 1 petang, tp exam mula pukul 1.30 petang.

Dah sangap tak tau nk buat apa. Aku pun dapat idea.

Cikgu
" Ok... tahu kan hari ni kita ujian. Kalau ujian tak boleh apa?"

Murid-murid
"Tak boleh bercakap, tak bolehh meniru, tak boleh bising..."

Cikgu
"Kalau nak pergi tandas, tolong angkat tangan dan jangan bising. Tak nak jerit cikgu! cikgu!. Mesti diam... Cikgu nampak kamu angkat tangan"

Murid A
"Bila cikgu tanya, kenapaa, baru beritahu, cikgu, saya nak ke tandas..."

Cikguu
"Ye, pandai..... cikgu tak nak kamu jerit-jerit panggil cikgu. Nanti bising. Terganggu kawan kamu nak jawab ujian.."

Murid B
"Nanti kawan sebelah terkejut. Lepas tu jawab salah kan cikgu?"

Cikgu
" Yer...." (rasa nak tergelak, pandai-pandai je reka cite)

Next, aku dapat idea lain pulak. Bosan nak tunggu setengah jam.


Cikgu
"Murid-murid semua baca doa. Baca dalam hati. Yang Islam baca doa kamu, yang kristian pun baca doa kamu..."

Murid-murid
"Aik.. kenapa cikgu?"

Cikgu
"Supaya tuhan tolong kamu. Supaya kamu dapat A dalam ujian atau betul semua...."

Murid C
"Cikgu, nanti kalau semua dapat betul semua. Nanti cikgu pengsan..." (sambil buat gaya muka terkejut)

Aduhaiiiiiiiiiiiiii..........

SENTAP

Sentap jugaklah sikit-sikit.

Tapi aku sabarkan ajelah diriku ini sebab mengenangkan nasib orang merantau kan.

Aku rasa macam dah banyak mengalah, membantu dan menolong. Aku menolong dengan seikhlas hati. Sebab aku tau, insyaAllah satu hari nanti Allah akan beri ganjaran yang lebih besar kepada aku.

I did everything from scratch till its nearly done. Sedangkan its not my job, bukan di assignkan untuk aku pun.

Tapi orang tu tak pandai pulak nak appreciate.

Lepas tu tadi, aku rasa ter"smash" kat batang hidung bila orant tu tegur anak murid yang membantu aku buat keje-keje tu semua.

Kalauu dia rasa insecure with that little kids help. Apakata kamu yang membantu.

I have thousands paper to staple, arrange and distribute. Including yours.

Itupun request tulis nama anak murid dia seksiap.

Ah! Takde masa.

Aku pun banyak lagi urusan nak kena fikir.

Wednesday, October 19, 2011

SUAMI YANG PENYABAR

Jam pukul 6.30. Husband dah banyak kali suruh aku mandi dan solat maghrib.

Husband : U.... pergila mandi. Pastu solat sekali.

Wife : Kejap-kejap. Ada benda nak baca ni. (meneruskan surfing)

5 minit kemudian,

Husband : U... pergila mandi. Solat maghrib. I takpe, I boleh jamak.

Wife : Ye... kejapp.....

Tak lama lepas tu, dengar bunyi air dalam toilet. Aku toleh belakang, husband dah takde. Sudah! Dahla husband ni mandi lama. Paling kejap 20 minit.

Aku dah gelisah takut terlepas waktu maghrib sbb waktu isyak pukul 7.24 di Miri.

Aku pun mulala berapi-api. Duduk diam-diam, muncung tepi katil.

25 minit lepas tu husband pun keluar dari toilet, bila dia nampak je muka aku muncung macam tu, terus dia tanya.

Husband : Apahal ni?

Maka, meletup sudah la itu gunung berapi.

Wife : U laaaaaaa!!!!! Bukan nak bagitau u nak mandi. (suara tinggi)

Husband : Apehal? Selama ni I mandi, I bagitau u ke? (bertenang je)

Wife : U dah la mandi lama. Nanti I tak sempat nak semayang maghrib. U jangan semayang dulu, bagi I semayang dulu. U semayang pun lamaaaa.....

Husband diam je, aku terus lari ke toilet.

Dalam hati masa tu rasa bersalah sangat sebab tinggi suara kat dia. Tapi husband tu bertenang je macam takde apa yang berlaku. Aku paling takut kalau weekend kami spoil dengan benda-benda remeh macam ni sebenarnya.

Keluar je dari toilet, husband tengah pakai baju sambil mulut terkumat-kamit beristighfar.

Mungkin tu cara dia nak menenangkan perasaan dia dengan perangai wife yang tak tentu arah ni.

Esoknya masa kitorang borak-borak, tetiba dia kuarkan satu ayat;

"Kalau I, I pun tak suka orang tinggi-tinggi suara dengan I. Marah-marah I...."

Dear husband,

I minta maaf dan terima kasih kerana tidak pernah meninggi suara ataupun marahkan I tak tentu pasal. Terima kasih kerana sentiasa menyedarkan I dengan cara yang paling berhikmah. I janji I akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk you.....

DINNER DATE WITH HUSBAND

After 2 weeks tak jumpa, last weekend dapat juga jumpa buah hati pengarang jantung saya itu.

Seronok tak terkata.

So, saturday nite kitorang pun dating la kat Starbuck Miri. Cik Puan teringin nak makan cake with hot chocolate la pulak kan..... Hihihi

Husband plak memang takmo makan nasi. Eksyen. Dia kata kat sekolah kampung dia tu dah puas makan nasik.

2 cakes, 2 puffs, hot chocolate and coffee terbaru for him.

Cubaan mencilok kek isterinya. Keskeskes.

Our dinner.

Beef puff and tuna puff.

Walnut carrot cake, and black forest cake. Yummy!

This weekend maybe he will be here again. Tapi.......... saya ada meeting staf akhir tahun dan persediaan persekolah 2012 on Saturday and he plan to go back on the same day. Bukan sebab apa, sbb transport yang ada this weekend hanya hari Sabtu. Kejap je la masa yang ada with him.

Maka,

Just wait and see lah!

Tuesday, October 18, 2011

SI MERAK KAYANGAN


Projek LINUS untuk TAMAN LINUS.

Final touch up, akan disiarkan satu hari nanti.

Tak siap lagi beb!

Monday, October 17, 2011

JOM CIUM!


Nampak tak?

Jumpa dalam komik Upin Ipin anak murid aku.

Nasib la derang ni tak hantar peraduan ni ke pihak penganjur.

Kalau diorg hantar jugak, tak tau la nak cakap ape.

Baru lapan tahun dah pandai macam-macam. Tapi, aku fikir positif.

Mungkin abang dia yang conteng buku ni dah tulis merepek-repek.

Haih... kesian.

Wednesday, October 12, 2011

BEEN BUSY

Tersangat busy sejak akhir-akhir ni apabila semua benda datang dengan serentak.

Since last week buat soalan-soalan periksa sebanyak 3 set. Patutnya aku buat satu set je. Another 2? Lu pikirlah sendiri. Takpela, niat menolong.

Since last week juga busy mencari rumah untuk di sewa di sekitar Miri ini. Penat sangat. Dengan pelbagai rasa dan perasaan. Gembira, kecewa, sedih. Semua dalam satu pakej.

Sakit betul jiwa masa bila segalanya perlu dibuat sendirian.

Since last week juga busy dengan preparation untuk LDP KSSR this weekend. Harap-harapnya everything went smoothly. Benda baru dalam hidup bila transfer ke sini. Sebelum ni, forever KBSR. Tak pernah ada peluang belajar benda baru. Pergi kursus pun, kirim salam aje la. Yang takde kene mengena pulak yang diangkut.

Harap-harap minggu depan dalam kelegaan sikit. Soalan exam dah siap, dah hantar pergi fotostat pun, LDP akan selesai this weekend dan harap-harap by this week dah dapatlah rumah yang diidamkan.

Since I'm too fussy, terpaksalah akur dengan keletihan dan kepenatan ini. Bukan tak ada, cuma tak menepati citarasa.

Thursday, October 6, 2011

BILA HUSBAND MEMBEBEL.

Baru nak tau cemanee penangan lelaki yang banyak diam ni membebel?

Tapi, membebel dalam message FB je la.

For past these few days, husband adalah sering mengadu tentang sakit otak yang dialaminya kerana melayan seorang anak muridnya yang amat bermasalah. Jadi, hari-hari lah dok buat research cemane nak tangani masalah ni.

Oh! Husband saya adalah guru pemulihan. Membantu anak-anak slow learner. (Tetiba terasa suami saya hebat sebab diri sendiri akan naik angin bila mengadap budak-budak yang banyak pe'el ni). Haha.

Last weekend, tengah syok-syok lepak-lepak atas katil hotel, tetiba husband yang tengah surf internet bagitau macam ni.

"U kenal tak... (ok, lupa nama)?. U tak tau dia tu dulu ada brain damage tau masa umur dua tahun. Tapi sekarang dia adalah seorang doktor gigi. Lepas dia kena brain damage tu, mak dia selalu buat terapi. Tapi sampai sekarang, dia kena makan ubat anti stress untuk menenangkan otak dia....Walaubagaimanapun, dia tetap jadi somebody."

Tu takpe lagi. Dapat gak aku knowledge dan kesedaran.

DONT UNDER ESTIMATED YOUR SLOW LEARNERS!

Pastu pagi ni dia membebel lagi.

"I tengah baca ni. How to distinguish lazzzzzy anddddd sloooow leaaaarner. Lepas ni jangan nak kata orang malas. "

"Kalau takde orang malas, takde la remote TV. Nanti kenala kita berjalan ke TV kalau nak tukar channel. "

"Kalau takde orang malas, takde la aircond. Kenala kita cari kertas, kipas diri sendiri."

"Kalau takde orang malas, takde la komputer atau typewriter. Kena la kita menulis panjanggggggg berjela...."

Sekian bebelan dan motivasi untuk hari ini.

Mulai hari ini saya akan think positive dan cuba membantu anak-anak murid saya yang MALAS.

Tapi, kalau suami yang MALAS cemaner pulak ek?

Haha!

Tuesday, October 4, 2011

MC OF THE DAY


1 Oktober hari tu ada Majlis Ramah Tamah kat sekolah. Aku jadi MC. Bukan MC Hammer ok.

Ini kali kedua jadi MC untuk event di sekolah baru. Sblm ni majlis kecil je. Pastu sebenarnya serik dah sebab masa tu rasa tak da chemistry dengan partner.

Mungkin style berbeza.

Pastu, ada kawan minta tolong. Aku pun ON ajelah. Atas niat menolong. Kesian juga biar dia handle sorang-sorang.

Masa tgh dalam persediaan menunggu YB datang. Letih menunggu u ols... Standard VVIP.... Selalunya akan lewat few hours kerana ada event di tempat lain katanya.


Perbincangan teks dan skrip. Bila itu, bila ini. Eh eh... mengalahkan AJK Protokol pulak kau ye?


Backdrop hasil kerja tangan penulis. Silalah gelakkan. Maklumlah takde budget. Recycle je mana-mana yang ada. Yang penting ada backdrop. Rasanya, pasni harap sangat jangan diberi AJK yang ini kepada aku. Tolong.......

Gambar ni nak higlight tudung ILHAM ASYIQ. Lama sangat dah beli. Hari tu baru konfiden nak pakai.... dan terus konfiden. Komfem order lagik...... Sukerrrrrrr.....

Ok, tu je laporan hari ini.

Asalkan updateeeeee!!!~