Sunday, October 9, 2016

TIUP SAWANG

Fuh! Fuh.

Tiup sikit sawang dan habuk2 ni.

Tergerak hati nak tulis blog balik ni. Rindu pun ye. Haha.

Dah makan tahun juga tak menulis kan? Humaira pun dah 2 tahun 10 bulan. Tahun depan dah nak hantar tadika. Rutin kehidupan macam tu lah. Penat dan memenatkan. Perjalanan hari-hari makan masa sejam tanpa traffic light dan traffic jam ye. Tapi kalau ada muatan berat, add on lah beberapa minit.

Ntah bila la nak dapat sekolah yang bersesuaian. Lambat lagi la nampaknya tahun depan sebab bukan ada tadika yang bukak pukul 6 pagi.

Kat sekolah baru ni dah merasa dua orang guru besar. Both a lady boss with a different character. Dulu teramatlah laid back, tapi sekarang macam penatlah jugak. Tugas tu tak tertakluk dengan mengajar je.... banyak lagi keje2 sampingan nak kena fikir. Ni pun rest kejap dari menulis justifikasi saringan LINUS hari tu.

Humaira apa cerita?

Dah besar. Petah dan bijak. Alhamdulillah. Semoga Allah beri aku pinjaman yang indah ini lebih lama. My miracle baby.

Humaira sejak umur 6 bulan aku hantar ke taska setelah sangat kecewa dengan cara Humaira di jaga oleh pengasuh.

Taska ni pada mulanya aku tengok biasa-biasa aja. Aku pilih pun sebab dia tak jaga ramai budak. Masa tu pun taska ni baru je memulakan langkahnya. Daftar dengan JKM pun belum setel lagi. Tapi Alhamdulillah sekarang dah complete la semua dengan CCTV segala.

Cikgu-cikgu nya semua keluarga. Nenek dan dua orang cikgu. Kadang-kadang suami cikgu-cikgu tu ada juga membantu yang mana perlu.

Kalau orang tanya, aku selalu cakap, ala taska biasa2 je. Dan aku pun tak expect apapapun dari taska tu. Cukuplah sekadar menjaga Humaira dengan baik dan penuh kasih sayang. Dan Alhamdulillah, diorang bukan bagi tu je, malah lebih dari tu.... Kalau demam pun nenek taska tolong urutkan tau. Jatuh ke, terseliuh ke.... Allah.... speechless.

Sejak masuk taska tu, progress Humaira memang memberangsangkan. Dia mula bercakap sejak umur setahun lebih dan mula mengenal huruf.

So at this age.... 2 tahun 10 bulan.... dah kenal ABC, number in both Malay and English, iqra, beberapa surah lazim yang pendek, doa makan, doa selepas makan, doa tidur dan pelbagai zikir zikir yang tak terjangkau dek kepala aku ni. Kadang-kadang dia balik cerita macam-macam pasal haiwan bersayap dan tidak bersayap, pasal kenderaan, tunjuk lukisan dia, art craft dia.....

Sebab tak pernah expect apapa dari taska ni. Tu yang aku teruja lebih. Sebab dia bukan taska yang glamer glamer tu.... atau taska yang aku kena bayar hingga beratus ratus. Aku cuma bayar RM250 je sebulan.

Tahun depan dia dah nak masuk tadika. Bila tengok progress Humaira, dah macam serba salah lak nak hantar tadika baru. Tapi kalau lama sangat kat satu tempat, dah macam kakak kawasan la pulak kan???

Oklah. Nak cepat2 siapkan LINUS tu. Satgi nak layan AF Final plak.

Till then.

No comments: