Saturday, October 15, 2016

REZEKI

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk kan? 

Tapi sebenarnya dalam hendak kita merasakan rezeki kita itu cukup adalah dengan rasa bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Ada orang rezekinya sangat murah.

Ada orang rezekinya murah pada anak, tapi kurang pada yang lain.

Ada orang murah rezekinya dari segala segi, tapi rezeki anak itu susah.

Macam aku.

Bukan taknak menambah, tapi Allah belum kata jadi.

Rezeki anak aku tak mudah macam orang lain, tapi Allah beri aku rezeki yang lebih pada bahagian lain pula.

Kalau orang tanya bila Humaira nak dapat adik?

Hanya Allah je yang tahu jawapannya. Kadang-kadang aku terpaksa bacakan kitab explain satu persatu.

Ye, rezeki orang tidak sama.

Ada yang mengandung tiap tahun, tapi kesihatan sering tak mengizinkan.

Aku pula Allah beri kemudahan sangat semasa mengandung dan melahirkan, tapi Allah tak izinkan aku mengandung tiap tahun.

Rezeki tu Allah dah susun. Begitu juga jodoh.

Segalanya telah tertulis.

1 comment:

Rainna said...

teh, jom pindah pontian.. pontian dh lawa skang.. ade laut.. nnt stress2 bole ngadap laut.. tepi jalan je pon.. hihihihihi