Kepimpinan Melalui Tauladan.
Selalunya bila sebut kata-kata kat atas tu mesti terfikir bos dan anak buah. Orang atas dan orang bawah.
Tapikan..... hari ni aku telah ditarbiyah sentapkan oleh seorang anak murid yang aku selalu marah sebab sangat aktif tapi aku sayang atas sebab tertentu. Mungkin naluri keibuan yang dah 2 tahun 10 bulan tertanam dalam hati ni jugak kot menyebabkan rasa sayang tu ada.
Dia selalu tak bawa buku. Beg penuh sampah. Buku dua tiga ketul mana ada. Tapi dia bijak. Pensel kejap ada kejap takde. Pensel warna lagilah. Hari ni baru sekotak, esok hilang semua tinggal kotak.
Tapi dia bijak.
Pada waktu pengajaran aku, dia masih tiada buku yang aku minta. Sudah 2 bulan aku tunggu dan hari itu, sekejap lagi ibunya yang sekian lama yang dia tak berjumpa akan datang bawa buku untuknya.
Tapi bukan itu cerita utama aku.
Anak murid aku yang bijak ni, aku minta dia berjalan dari setiap meja ke setiap meja melihat kerja-kerja yang disiapkan oleh kawannya.
Melukis gambar haiwan kesayangan.
Draw your PET.
Tiba-tiba, dekat meja seorang budak perempuan ni aku dengar dia membebel.
"Ni apa ni lukis macam ni? Tu la tak dengar cakap? Berangan! Teacher suruh lukis lain, kau lukis lain. Lukislah pokok... lukisla kolam.... warna hijau biru bla bla bla bla...."
Membebel macam orang tua.
Dan orang tua itu adalah aku. Teacher nya
Aku sentap bukan sebab apa. Itula ayat yang aku selalu guna dengan budak perempuan tu bilamana aku rasa sangat marah. Marah sebab buku tak hantar. Marah bila arahan aku tak didengar dengan baik. Marah bila kerja yang dibuat tak sama seperti yang aku suruh. Marah bila dia selalu bercakap dengan kawan sebelah.
Terima kasih Hafiz kerana buat teacher sedar. Kata-kata perlu dijaga tak kira dengan siapa dan anak anak seperti kain putih ni absorb nya lebih tinggi. Aku yang dah tua ni pun terkesan, inikan pulak anak-anak syurga ini.
Dan hari ini aku berjaya kawal amarah aku. Dan aku berjaya bersabar menghadap anak-anak murid aku satu persatu dan terima dengan tangan terbuka setiap kesilapan yang mereka buat.
Semoga mereka menjadi anak anak bangsaku yang berjaya di dunia dan di akhirat,
No comments:
Post a Comment