Fuh! Tiup habuk sikit.
Lama tak update blog. Humaira pun dah 8 bulan hari ini. Alhamdulillah.
Gambar terbaru Humaira, nanti aku upload ye.
Hari ini tergerak hati nak tulis cerita pantang aku. Bukan aku nak ajar korang berpantang yang betul tapi sesuai untuk dijadikan pengajaran.
Pertama sekali, semasa berpantang tu apa yang penting faham badan masing-masing. Kalau keturunan atau keluarga korang ada mengamalkan cara berpantang yang begitu dan begini. Tolonglah ikut sebab dah namanya keturunan, haruslah genetik nya sama.
Aku mengaku aku tidak mengamalkan pantang yang betul. Semua aku belasah kecuali makanan yang aku tahu gatal dan tak sesuai. Tapi, ikan tongkol aku dah termakan. Sebab apa? Sebab itu yang terhidang so I assume that I can eat. Sayuran pun makan sehabis boleh. Aku tak berbengkung sebab takda siapa nak tolong pakaikan. Dengan tenaga aku yang tak berapa kuat ni, sapalah yang nak tolong ikat dan ketatkan? Jamu atau herba pun tak makan atas alasan menyusu anak. So, aku hanya menjalankan kehidupan seperti orang biasa cuma rehatnya lebih.
Genap sebulan, Humaira masuk wad seminggu disebabkan lung infections. Pada ketika itulah badan aku terpaksa bekerja keras dan dah tentulah memang tak berpantang. Dengan aircond yang sejuk ya amat. Bergerak ke sana sini bawak Humaira untuk pemeriksaan doktor dan rawatan. Masa tu berat Humaira dah 5kg. Tidur yang tak pernah lena sebab setiap dua jam akan ada nurse memeriksa.
Betul. Aku memang betul betul penat.
Cukup 3 bulan, aku dah mulakan tugas. Too bad, perjalanan aku ke sekolah amat jauh dengan jalan kampung yang tidak rata. Kesannya, perut aku tak selesa dan ari-ari teramat sakit. I suffer from the pain for two weeks sebelum kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kedah.
Masa kat Kedah, Alhamdulillah ummi dapat set appoinment mak bidan yang memang dah sesuai dengan keluarga kami. Dan nasib baik juga dia nak setkan masa lapang dia untuk keluarga kami. Maka, bermulalah sesi mengurut dan bertungku selama 3 hari berturut-turut.
Korang nak tau what happened to me? Dah nak dekat 4 bulan bersalin pun, batu meriyan aku masih bengkak. Besar pulak tu. Mengucap panjang bidan tu. Rahim masih kembang. Urat-urat pun tak betul. Patutlah, aku berasa amat tak selesa setiap kali turun naik tangga. Semua tempat la rasa tak selesa. Nasib aku baik takde la sampai terkeluar rahim.
Bertungku aku masih teruskan walaupun dah balik Kluang. Makan pun aku berjaga-jaga. Yang paling penting jangan makan KACANG PANJANG, LABU, KELADI, BUNGA KANTAN, DAUN KESUM DAN SEMUA SAYUR2 SEJUK DAN BERANGIN. Teh dan kopi pun mak bidan tu tak galakkan kalau minum di kedai. Kalau kat rumah takpe. Tapi memang betul, bila aku belasah kacang panjang, perut aku sakit dan memulas. Aku mula makan jamu walaupun tak hari-hari.
Aku makan nona roguy dan memang bagus. Minyak herba dia pun terbaik.
Balik hari raya yang lepas pun aku ambil peluang mengurut lagi, Urat-urat dibetulkan dan Alhamdulillah batu meriyan aku dah kembali ke saiz asal. Cuma rahim je jatuh sikit sebab urutan yang lepas mak bidan tak dapat nak betulkan.
Serius. Rasa menyesal tak ikut berpantang betul-betul. Kalau Allah izinkan aku mengandung lagi, aku nak pantang betul-betul. Berbengkung betul-betul. Makan jamu herba. Rehat betul-betul. Yela, badan setiap orang tak sama. Aku ni lembik. Kerja teruk sikit badan dah sakit-sakit sampai rasa nak nangis. Huhu.
So, untuk kawan-kawan atau readers yang bakal berpantang, kalau ada duit lebih, upah la confinement lady untuk jaga korang masa berpantang nanti bagi yang tak dapat nak berpantang dengan mak sendiri. Yela, mak mak moden sekarang ni susah juga nak jumpa yang memang amalkan cara berpantang yang betul. Even mak aku sendiri pun, bila aku tanya nak makan itu ini, jawapan dia, makan jela.. sakit nanti tanggung. Hehe. Tak dapat upah sebulan, seminggu pun jadi. At least kita dapat rest betul-betul sebab dia yang akan jagakan baby dan masakkan lauk pantang untuk kita.
Aku Alhamdulillah, baby husband yang uruskan kecuali part nak menyusu. Masak pun dia uruskan tapi sebab dia tak tau apa yang boleh apa yang tak boleh...makan la apa yang ada.
Ini pengalaman aku, pengalaman orang lain aku tak tau. Yang penting, fahami badan masing-masing. Yang manja tu, kena extra care laa ye.
1 comment:
Dah okay x batu meriyan sis tu? Camne caranya
Post a Comment