Thursday, August 21, 2014

MY BREASTFEEDING JOURNEY

Humaira 8 months and still fully breastfeed. Alhamdulillah.

Perkembangan terbaru Humaira. Dah laju merangkak. Dan pandai duduk sendiri. Bangun-bangun tidur terus duduk ni sambil merengek-rengek. Suka benar merengek bila bangun tido. Lagi-lagi kalau tengok aku takde kat sebelah.

Dah mula berdiri dan memapah. Pantang jumpa port, mesti usaha nak berdiri.

Satu benda yang aku perhati kan aje Humaira ni, dia memang berani punya budak. Konfiden level memang tinggi. Takde nak gayat-gayat. Tapi penakut kalau tinggal sorang atau bila abah dia jerit kuat-kuat menyakat dia.

Perjalanan menetek aku tak semudah mana.

I admit it was challenging and tiring. Ko kena bersedia mental dan fizikal kalau betul-betul mahu menyusukan anak sepenuhnya.

Keywordnya : MAHU

Humaira dalam satu keadaan lain adalah bayi yg cerewet sebab dia reject botol. Minum dalam cawan pun tak banyak mana susu yang nak dia minum. Half day she only consume around 4oz of milk. Selebihnya ditahankan dengan bubur nasi blender yang abah dia buat. Another half day baru aku menetekkan dia.

I assume, Humaira ni jenis pandai adjust diri sendiri. Ikut jadual yg ditetapkan.

Aku tak ambil apepe supplements. By I do take care of what I eat. Aku mesti makan dan patuh pada peraturan. Bulan puasa hari tu, risau jugak kalau susu tak cukup. Sebenarnya cucu aku cukup sebab Humaira minum setakat 4 oz je kan. Tetapi, masa bulan puasa tu yang aku perasan susu aku cair. Macam tak cukup zat je aku tengok. Hahaha. Apa aku buat? Tak buat ape, cuma makanan Humaira disediakan sebaiknya.

Its already 8 months 2 weeks. Nearly reach my target to 9 months. InsyaAllah akan diteruskan sehingga setahun. Dapat umur setahun tambah lagi bertahun-tahun lagi.


No comments: