Tuesday, April 15, 2014

HUMAIRA 4 MONTHS



Alhamdulillah.

Humaira dah 4 months old. Dah bijak dan macam tak sabar-sabar nak jadi budak besar pun ye jugak.

Dah beberapa kali, bila dibaringkan buat percubaan nak bangun. Duduk pun tak lepas lagi, ada hati.

Dah beberapa kali bila dudukkan buat percubaan nak bangun dari tempat duduk. Haihla, Humaira. Perlahan-lahan ye sayang. Dont grow too fast. Membesarlah ikut flow.

Humaira dah pandai meniarap tapi belum pandai patah balik. Bila dapat meniarap tu, kalau kita tegur. Ewah! Terus kepala tegak dan mendada. Bangga sangat la tu. Sambil tersenyum lebar.

Humaira dah dapat pegang kaki sendiri dan sangat suka dengan aktiviti terbaru tu.

Suka dilayan dan diguraukan. Sanggup tahan mata tak tido ni. Janji boleh berbual, gelak-gelak, menjerit-jerit sambil sembur-sembur air liur. Ikut sapa la hai anak....

Suka jilat apa saja yang dekat dengan mulut.

Semalam, ummi baring sebelah Humaira yang tengah nyenyak tido. Bila terjaga, kepala dia tu mesti sondol-sondol cari susu. Bukan bangun lagi, tapi tengah mamai sebenarnya tu. Saja nak ngempeng. Rasa baru je bagi, takkan nak bagi lagi. Jadi, ummi dia buat trick, letak siku. Humaira jilat sikit. Tak sedap agaknya. Stop dan sambung tido.

Ummi senyum je sebab boleh baring lagik. Hihi.


Saya menjilat apa sahaja! Haha.

Kelmarin ada benda yang buat aku rasa sedih sangat. Mencurah-curah air mata ni keluar. Ahad lepas, mrhusband balik sekolah awal. So we decided to fetch Humaira together. Lepas tu boleh cari barang dan makan. Masa mula-mula tu Humaira memang duduk je atas riba sambil tengok luar.

Sekali, time nak menyusukan. Humaira akan pegang-pegang and main-main tangan aku.

Ya Allah. Berderau rasa hati. Jari kelingking dan jari manis Humaira luka. Memang luka tu sikit. Tapi berdarah ok. Darah tu memang dah kering.

Memula macam diam je. Tapi lepas tu terus mencurah-curah air mata sebab sakit ok. Kita pun kalau kena macam tu pun sakit kan? So macammana dengan Humaira? Mesti dia meraung-raung. Dah la Humaira ni jarang nangis. Sangat jarang. Yang paling sedih, Ummi dia takde dengan dia masa tu ok. Rasa kesian sangat. Rasa sedih. Semua rasa lah yang ada.

Tapi lepas tu mrhusband pujuk la...

"Sebab Humaira cakar muka dia tu. Sebab tu kak ct potong kuku dia..."

Tapi... berdarah. Luka. Kita tengok Humaira amek darah hari tu dah nangis. Inikan pulak luka yang kekal. Nasib la Humaira tak meragam kat rumah.

Humaira memang anak yang sangat baik.

Ya Allah. Lindungilah Humaira dari segala perkara-perkara yang tidak baik.

Dahlah. Sedih kalau ingat balik. Bila tengok jari dia, mesti rasa sayu. Harap-harap takde benda yang tak baik berlaku pada Humaira yang aku tidak tahu.

No comments: