Ko ingat senang nak mengandung? Haha.
This is one of it, with my beloved DH at my beloved BFF home.
Baby Humaira in my tummy. Masa ni dah sarat sangat. Maybe dalam seminggu lagi nak due kot.
Masa mengandungkan Humaira, aku mengalami bengkak kaki seawal kandungan 4 bulan setengah dan makin menjadi-jadi bila kandungan semakin membesar.
Ni aku ambil masa aku mengajar. Sengaja ambil sebab perasaan emosi masa ni bila "diorang" ni tak faham-faham ke aku tengah sarat ko nak paksa aku panjat tangga stadium Miri tu? Gitu.
Masa ni aku dah tak mampu nak solat sepertimana orang normal. Aku solat duduk atas kerusi. Duduk bersila pun tak boleh sebab bengkak ni bukan hanya di kaki tapi hingga ke paha.
Ni masa dah selamat kembali ke tanah Malaya and get ready to meletop!
Selepas aku selamat melahirkan Humaira, bengkak ni mengecil perlahan-lahan setelah diurut oleh tukang urut. Tukang urut pun terkejut dgn urat-urat aku yang mengeras melampau-lampau. Pertama kali dia jumpa katanya.
Walaupun dah surut bengkak tu, sakit-sakit masih terasa. Masih tak mampu bergerak cergas macam masa belum mengandung. Nak bengkok lutut, nak duduk bawah, nak bersila dan segala yang menunjukkan anda kuat, aku tak mampu. Tapak kaki tak yah cakapla, jejak lantai walaupun berstokin, berdenyut-denyut ok.
Aku mula gelisah. Takkan nak sengsara macam ni sampai bebila. Baru 31 tahun, baru bersalin anak sulung. Pastu, mula la fikirkan husband nnt dah tak sayang la apala. Tapi bila tengok Humaira, aku mesti cakap, kalau aku masih macam ni, husband dah tak sayang, aku kena kuat untuk terus jaga Humaira.
Magiknya.
Bila aku dah bersih dari nifas, aku mula bersolat. Perlahan-lahan segala sakit tu hilang. Mula-mula nak solat tu memang sakit wa cakap lu. Nak rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat akhir, semua rasa nak menangis. Paling sakit time duduk tahiyat awal. Nak menitik air mata rasanya.
Dan Alhamdulillah. Syukur. Solat ni macam bersenam jugak kan? Dah longgar agaknya skru-skru tulang aku yang ketat sebelum ni. Cuma belum cuba berlari je lagi ni. Seram jugak kalau kena bila nak mula bekerja nanti. Maklumlah, cikgu kan. Sekolah pulah Pusat KO daerah. Huhu. Seram.
Pada usia Humaira 2 bulan, aku dapat rasakan badan aku dah sihat betul-betul. Tu secara luaran la, secara dalaman, tak tau nak cakap. I baru nak mula makan jamu ni. Hehehe.
Nanti cite lagi. Nanti sambung. Kebetulan hari ni takda kerja sangat nak buat, sambil tunggu breast pump kering, Humaira lak tengah tido... taip lah cepat2.
No comments:
Post a Comment