Eh? Dah transfer. Tak cerita lagi kan? Laterlah.
Alhamdulillah Humaira dah 2 bulan 1 minggu. Berat pun dah 6 kilogram. Memang semangat anak dara aku tu. Tak larat nak dukung lama-lama.
Ceritanya macam ni,
Last Friday rumah DH ada buat yassin perempuan. Sapa org felda tau la. So, Humaira antara tumpuan juga oleh sedara mara. Terkejut semua tengok Humaira semangat sangat kan. Dah besar. Makcik DH tanya DH..
"Ni bagi susu aje ye?"
DH angguk.
Memang la bagi susu je kan? Takkan nak bagi makan nasi pulak.
"Oooo... sesuaila susu tu maknanya... Ada muka awak la... " (tuju kat DH)
Yerlah. Semualah muka DH. Nak je tunjuk gambo aku masa kecik. Tang mata sepet tu aku punya ok. And tang lagi satu tu memang duplicate aku punya. Tak sama langsung dengan DH.
Aku ada kat situ. Sebenarnya aku geram jugak sebab masa aku dalam pantang, makcik ni datang melawat kali ke berapa ntah. Masa tu aku tengah menyusukan Humaira. Korang tau dia cakap apa...
"Susu awak cair ni.... awak kena minum susu... belila susu yang untuk ibu menyusu tu..."
Sentap dan down ok. Memang lama perasaan tertekan tu ada sebab SUSU AKU CAIR. Tapi, at last aku jumpa page pasal breastfeeding. Diorang kata susu badan memang ada dua jenis... hindmilk dengan foremilk. Satu pekat, satu cair. Satu susu untuk hilangkan dahaga, satu susu untuk mengenyangkan. Teori orang tua yg suh bagi dedua tetek dengan alasan sebelah makan, sebelah minum pun salah.
Eh. Macam-macamlah. Cerita banyak2 bikin stress. Baik cuba lupakan slow-slow.
Aku dapat Humaira di saat genap 3 tahun perkahwinan kami. Beberapa bulan sebelum Humaira hadir dalam rahim aku, makcik DH pernah jugak tanya macam ni...
"Teh, keluarga awak memang jenis lambat mengandung ye?"
Nasib baikla DH ni cepat sikit jawab. Kalau aku yang jawab camne?
"Takla, adik beradik dia semua dah beranak..."
Makcik tu diam. Sebenarnya kalau dengan keluarga DH ni especially makcik-makcik la, ada juga aku terasa hati macamkan aku ni kekurangan dalam segala segi. Memang aku byk yang kurang sebab takkan aku nak kata aku hebat kan? Hahaha.
Adik aku, yang kawen 5 bulan selepas aku, baru je bersalinkan anak dia yang ketiga pada 20/2/2014.
Tahniah to my little sister. Sungguh laju progress kilang beliau. Langsung takde rehat, asyik mengandung, beranak, mengandung, beranak. Hehehe. Pasni dia rehat kejap kot. MAYBE. Aku pun nak rehat. 2015 InsyaAllah baru mula balik.
No comments:
Post a Comment