How does Humaira looks at day 48?
Nahh!!!
Lama tak update blog. Busy jaga baby. Masih belajar pengurusan masa dan adapt dengan keadaan. Maklumlah pantang sendiri. So, everything kena buat from scratch. Try and error. Survival gila rasanya. Sampailah produk yang terhasil seperti gambar di atas.
Humaira fully breastfeed. Tu pun penuh drama airmata. Perjalanan breastfeed akan diceritakan kemudian.
Jaga Humaira tak susah. She's an easy baby. Menangis bila lapar je. Sebab tu once she fall sick (ni akan diceritakan kemudian walaupun tak suka nak ingat balik tp as memori dan lesson untuk ibu dan bakal ibu yang baca blog ni), me and husband tak dapat nak tau. Husband aku tu memangla, semuanya dia cakap takde apepe. Huhu. Bila dia rasa nak tido, letak je nanti dia akan tertido sendiri. Tapi kalau kena paksa tido, komfemlah kena dodoi.
Humaira ni kelakar jugak orangnya. Ke semua baby macam tu? Kelam kabut pulak tu. Tapi bila dia kelam kabut tu ada pelbagai kemungkinan. Dia tak selesa. Dia marah. Dia lapar. Dia protes. Dalam usia tak sampai sebulan lagi dah pandai nak protes taknak pakai selimut. Kaki menendang nendang sampai selimut terlepas dari kaki dia. Dah pandai jugak mintak apa yang dia nak. Kalau aku tengah burpkan dia tapi sebenarnya dia tak puas, automatik dia akan jatuhkan badan dia supaya kepala betul2 kat breast. Masa tu geram pun ada, cuba kalau aku ni jenis tak kuat ke tengah leka ke... Bahaya betul.
She's an active baby. Kaki tangan bergerak sentiasa tak tentu arah. Kalau mandi tu, aku selalu berdirikan dia dalam bath tub sambil tunggu dia sendiri yang ready nak duduk. Dengan muka terpinga-pinga tu, duduk la dia sendiri sambil tengok aku sabun dan bilaskan dia. Bila angkat marah...... pastu komfem nak kena upah susu. Atau adakah ini trick?
Satu la benda yang kitorang tak faham tentang baby Humaira. Kenapa kena meraung tiap kali pakai baju bila lepas mandi? Meraung sampai merah muka dengan pakej menjerit sekali. Tak dapat nak imagine kalau dah besar nanti camne la dia protes. Yang tu komfem bukan ikut aku. Kalau yang panas-panas teramat tu ikut abah dia. Haha.
Sebab taknak pening kepala, I assume dia marah sebab tak puas mandi. Titik
No comments:
Post a Comment