Tuesday, July 5, 2011

ALHAMDULILLAH.

Syukur.

Akhirnya surat pertukaran aku dah dalam tangan. Aku dapat berpindah ke Miri, Sarawak. Tempat yang hampir dengan suami. Walaupun kami masih long distance, tp takla seteruk macam sebelum ini.

Sebenarnya, inilah hadiah yang aku tak jangka.

Lepas permohonan pertukaran hari tu gagal, memang dah putus harapan. Husband pun bukan jenis suka benda-benda remeh ni. Tambah lagi, kami tak balik ke semenanjung pun. Jadi waktu bila la nak panjat Putrajaya tu? Niat nak pergi JPN Sabah pon terbantut sebab cuaca tak berapa nak ok semasa di KK.

Ada orang tanya,

Guna kabel apa?

Kabel besar mana?

Honestly, aku tak guna kabel pun.

Bila orang tanya, ada buat rayuan ke?

Ada. Tapi hantar ke mertua dengan mak sendiri. Lepas tu berlakulah macam-macam konflik luaran dan dalaman. Hehe.

Lain-lain. Doa. Sabar. Doa. Sabar. Doa. Sabar.

Sedangkan aku sendiri pun terkejut bila pihak dari sana call beritahu kelulusan pertukaran aku. Rasa macam mimpi. Macam tak percaya dengan apa yang org tu beritahu aku.

Sampai husband pun terkejut.

Jadi, tak lama lagi. I'll be a new person at a new place.

3 comments:

Wana said...

Alhamdulillah...
Happy for you sis... :)

Farina said...

Congrats Teh! Hopefully we'll get to hear another good news soon :D

Teh said...

Wana,
Thanks dear. Sedih juga ni nak tinggalkan Semporna....

Farina,
Thanks babe. InsyaAllah. Kena usaha keras lagi ni.