Tuesday, July 26, 2011

CEMANER NAK SEBUT NI?

E-zi-key-ell E-di-syen

Baru satu nama, belum lagi nama-nama lain yang unik. Kadang-kadang aku yang termalu sendiri sebab tersalah pronounce. Kihkihkih.

Monday, July 25, 2011

7 YEARS OLD KIDS IMAGINATION....

Hari ini ikut jadual pukul 1 petang sampai 2 petang aku mengajar PSV untuk murid tahun 1A.

Patutnya buat kolaj kalau ikut silibus, tp memandangkan ada perkara yang tak dapat dielakkan, aku minta je diorg lukis gambar hidupan laut.

Before diorg melukis tu, aku melukis dulu kat papan tulis sambal tanya diorang,

"What animals live in the ocean?"

I ajar seni dalam english u ols. Kerlas tak? Hahaha. Lepas dah siap aku lukis baru aku bagi diorang kebebasan melukis ikut kreativiti diorang....

Tengah diorg melukis tu, datang pulak Shah Faiz.. salu cakap melayu, kali ni dia speaking u ols. Terkejut mak. Maklumla... kali ni we ols ajar in English pulak...

Gambar di ulang lakon ye.

"Teacher, u forgot to draw this..."

"What is that?"

"Fish with wings..." sambil mengepak-ngepakkan tangan dia.


Yang ni murid baru belajar bercakap.... aku duduk depan dia. Sambil-sambil dia lukis tu dia tetiba cakap...

"Cikgu, saya lukis ikan harimau...."

Ade ke ikan harimau? Hihihi

Lepas tu datang lagi sorang. Sorry, I forgot his name. Susah betul nak ingat nama diorg ni. Macam-macam. Maclaren la, Maximus la, Laurence la, Arnel la... Hellington la... Arggh! Pening....


"Teacher, I draw porcupine...."

"Are u sure porcupine lives in the ocean?"

"Yes...."

"Porcupine lives in the jungle dear..."

Dia diam... Pike idea....

"The porcupine comes from a broken boat..."

"Ok.. but I cant see any broken boat over there..."

"The broken boat is far away over there...."

"I want to see the broken boat..."

Dia pun gi balik kat tempat dia...

"Teacher, here the broken boat, together with the pirates..."

Ok. Fine. Sanggup tu gi lukis broken boat.

Tak pasal-pasal tergeliat lidah aku nak speaking. Tu la.. gatal sangat cakap omputeh masa kelas Seni Visual. Haha.

Sunday, July 24, 2011

KANTIN SEKOLAH SAYA

Inilah kantin sekolah saya. Saja snap sambil-sambil menjaga makanan untuk murid RMT. Saya bertugas setiap hari Isnin dan Selasa.

Hari itu mereka dijamu nasi lemak, buah tembikai dan air milo panas.

Alhamdulillah. Rezeki yang baik untuk mereka.

Saturday, July 23, 2011

DEMAM ANGRY BIRD!

Sampai ke buku skrap pun gambar angry bird. Tu belum pencil case dan buku-buku kisah angry bird.

Cikgunya pun teruja.

Gaji nanti kita serang E-Mart!

Friday, July 22, 2011

YE, SAYA NAMPAK.

Hari tu, aku ajar DSV untuk murid tahun satu.

Salah satu topik dia adalah melukis rama-rama.



Jadi, aku pun lukis satu di papan tulis. Murid-murid ikut je la lukisan aku itu. Tapi, mereka juga bebas melukis apa cara sekalipun, asalkan ada rama-rama.

Tiba-tiba ada budak kecil menyapa aku. Nama dia Shah Faiz.

Shah Faiz : Cikgu, rama-rama makan cacing...
Cikgu : Ye ke?
Shah Faiz : Ye, saya nampak.
Cikgu : Betul ke Shah Faiz?
Shah Faiz : Ye, saya nampak dia makan dekat tanah.
Cikgu : Bukan Shah Faiz, rama-rama hisap madu di bunga,

Dia pun diam je.



Lepas tu dia warna rama-rama dia dengan hijau. Aku pun tanye la.

Cikgu : Rama-rama kamu warna hijau?
Shah Faiz : Ye, saya nampak.
Cikgu : Kamu nampak di mana?

Diam.

Kesimpulannya, jawapan dia semuanya... YE, SAYA NAMPAK. Kita pun terus konfiden.

Thursday, July 7, 2011

SYAHDU.

Semalam Shaba dengan Azhan bawak pergi makan-makan. Sempena perpindahan aku. Tambah sayu la pulak.

Dalam masa yang sama happy kerana berakhirnya aku di Semporna dengan mereka dalam keadaan yang baik.

Tinggal lagi 2 hari untuk berada di sekolah, dan 3 hari lagi untuk berada di Semporna.

Gembira dalam sedih.

Wednesday, July 6, 2011

SEMPORNA 1

Banyak suka duka di Semporna.

Kawan pertama aku masa di Semporna ialah si comel Nik Asma'. Itulah kawan susah senang aku masa aku kat sini. Kawan yang tak pernah berkira dan sangat baik. Selenga dan sengal pun ye jugak. Kadang-kadang geram dengan telatah dia. Kadang-kadang nak tergelak pun ada.

I really appreciate our friendship. We share our friends and never let each of us being alone. Mesti saling ingat mengingati dalam segala hal. Kalaupun ada selisih faham, kutuk sesama sendiri atau tak puas hati, we forgive and forget. After that, we accept each other.

Ye la, tiada manusia yang sempurna.

Masa mula-mula sampai sini, memang berani betul Nik tegur aku. Aku ni sombong. Seriously! Tak pernah lagi ada orang bg first impression kat aku, aku ni peramah or wutsoever. Sombong is my key words. Takde kejenya aku nak tegur tegur orang. Dahla tengah serabut masa tu sebab rasa macam dok kat planet asing.

Lepas tu kitorang start satu rumah, pindah satu rumah lagi dan akhirnya aku sendiri dapat pindah.

She my ups and downs friends. Di mana-mana walau di mana aku berada. Walau apa perasaan aku. Kalaupun aku tengah emo dan marah. Dia tetap di situ dengan muka heartless dia.

Kitorang berkongsi macam-macam cerita. Dan dari cerita itu kami kenal masing-masing true colours. Biar apapun kisah hidup kami, apapun perasaan kami, kami terima seadanya. Tidak pernah menolak ketidaksempurnaan antara kami.

Saat paling tak boleh lupa, bila kami rasa seperti seorang yang teraniaya. Pernah ke orang bagi short notice, less than two weeks nak pindah rumah without discussing?. Beritahu aku pun tidak. (dia ingat dia bagi kunci rumah dengan duit Astro tu sebagai pemberitahuan?). Maka, berfikir-fikir la kami dan akhirnya we decided to stay just the two of us. Kalau ada housemate, fikir-fikir dulu sebab tak nak pisang berbuah dua kali.

Tapi sekarang Nik tinggal sorang pulak. Tapi dia tak kisah. She can pay for the rent. Cuma, kalau nak keluar, keluarlah secara orang beradab.

Kitorang ni bukan baik sangat, tapi tak suka tengok orang susah. Orang sehelai sepinggang datang, kitorang bagi semua benda sebab dah rasa macammana susahnya kitorang masa memula datang sini. Aku dengan Nik adalah first batch cikgu akademik dari semenanjung yang posting Semporna. Tapi, akhirnya takde penghargaan pun malah dibakarnya lagi hati kami. Benda kecik macam tu pun nak berebut, toleransi pun takde.

Pernah juga bila aku tersilap langkah dalam percaturan hidup. Perlahan-lahan dia pergi dari aku. Dalam diam juga dia minta kawannya cuba menasihati aku. Aku fahamla kenapa kan? Takut nanti aku melenting ke kan. Lagipun kami satu rumah, rasa tidak sesuai nak sound depan-depan ni.

Ok, tu je dulu cerita aku dengan Nik.

Nanti aku cerita lagi.

Yang pasti, aku mesti akan rindukan dia sangat-sangat.


Inilah Nik. Gambar di cilok dari blog dia.

Tuesday, July 5, 2011

ALHAMDULILLAH.

Syukur.

Akhirnya surat pertukaran aku dah dalam tangan. Aku dapat berpindah ke Miri, Sarawak. Tempat yang hampir dengan suami. Walaupun kami masih long distance, tp takla seteruk macam sebelum ini.

Sebenarnya, inilah hadiah yang aku tak jangka.

Lepas permohonan pertukaran hari tu gagal, memang dah putus harapan. Husband pun bukan jenis suka benda-benda remeh ni. Tambah lagi, kami tak balik ke semenanjung pun. Jadi waktu bila la nak panjat Putrajaya tu? Niat nak pergi JPN Sabah pon terbantut sebab cuaca tak berapa nak ok semasa di KK.

Ada orang tanya,

Guna kabel apa?

Kabel besar mana?

Honestly, aku tak guna kabel pun.

Bila orang tanya, ada buat rayuan ke?

Ada. Tapi hantar ke mertua dengan mak sendiri. Lepas tu berlakulah macam-macam konflik luaran dan dalaman. Hehe.

Lain-lain. Doa. Sabar. Doa. Sabar. Doa. Sabar.

Sedangkan aku sendiri pun terkejut bila pihak dari sana call beritahu kelulusan pertukaran aku. Rasa macam mimpi. Macam tak percaya dengan apa yang org tu beritahu aku.

Sampai husband pun terkejut.

Jadi, tak lama lagi. I'll be a new person at a new place.

Monday, July 4, 2011

BIAR BETUL???

Itula ayat pertama yang mrhusband sebut bila aku bagitau "rahsia" ini.

Nak tergelak pun ada.

Kenapalah mrhusband ni takmo percaya dengan aku?
InsyaAllah sayang.
InsyaAllah.
Impian kita akan menjadi kenyataan.

Syukur padaMu.

Dalam keluh kesah dengan setiap perkara yang aku tidak dapat.
Pada setiap kesedihan yang aku lalui setiap hati.
Saat marah menyelinap jiwa bila rasa teraniaya.

Ketika itu sebenarnya jiwa ini sedang diuji.

Kadangkala aku tewas.
Adakala rasa sabar ini menang.

Sesungguhnya memang besar kasih dan sayangMu.

Terima kasih Ya Allah.

Semoga inilah permulaan yang terbaik untuk kami.

Alhamdulillah.