Tuesday, May 31, 2011

FLATTERED

Walaupun jarang-jarang jumpa. Dia tau semua jenis baju yang aku ada.

Tengah surrfing poplook

Isteri : Sayang. Sesuai tak I pakai baju ni?

Suami : Mmmm. Sesuai ke?

Isteri : Tak boleh ek? Kalau baju ni yang ni?. (tnjk baju yg versi lebih sopan)

Suami : Kan u dah ada baju macam tu. Yang warna hitam tu.

Isteri : Ala. Tertinggal kat Johor. Nak warna lain.

Gila bagi alasan sampai dua semata-mata nak shopping. Hahahaha.

Tapi sempat lagi tu mencairkan diri.

At least, walaaupun dia tade la romentik di campur dengan jarang gila jumpa, tapi dia tau juga setiap jenis baju yang aku ada.

Ni yang tambah-tambah sayang ni.

Sunday, May 29, 2011

NERVOUS

Selamat pagi semua!

Dalam sejarah, cuti sekolah kali ni aku tak balik semenanjung. Mrhusband decided tak payah balik tetapi habiskan masa bersama kat Sabah.

Nak gi Mabul. Itu aktiviti wajib. Lepas tu, kalau masa mengizinkan akan ke Manukan Island. Lagi satu kemungkinan adalah ke Kundasang dan kawasan berdekatan.

Kita tengok masa cemane because we prefer to be together at home. The only precious time we have. :). Mrhusband kata, kalau kita nak baling-baling pinggan pun boleh.

Hahahaha! Teringin sangat agaknya tu bergaduh dengan aku. Yerla, selama ni mmg tak sempat pun nak gaduh. Kalau tak puas hati pun, takkan nak gaduh depan mak bapak kan? Aku ni dah la kalau nangis stok org perasan. Hidung tu merah je sepanjang hari.

The good news is,

Mrhusband akan sampai pagi ni from Kota Kinabalu. Masa untuk melangsaikan segala projek yang terbengkalai. Ops!

Pergh! Nervous macam first date.

Doakan perjalanan aku ke airport berjalan lancar dan selamat.

Saturday, May 28, 2011

CUTI SEKOLAH YEAY!


Holiday Mode
28 May 2011 - 12 June 2011

Percutian kali ini lebih bermakna dan lain dari yang lain.

Masa untuk bersama mrhusband after 10weeks berjauhan.


Friday, May 27, 2011

MASIH ADA YANG SAYANG

Antara yang tersayang.

Semalam kelas tambahan. Sambil diorang buat keje, sambil tu aku borak-borak dengan diorang.

" Teacher nak pindah la lepas cuti ni.."

" Ape dia teacher?"
Muka semua terkejut.

" Teacher nak pindahlah."

"Habis siapa mau ajar kami teacher?"

"Nanti teacher suruhlah orang lain pulak yang mengajar kamu.."

"Janganlah teacher. Kami ndak mahu..."

"La. Sama je kan mana-mana guru."

"Janganla teacher. Nanti kami ndak faham. Kalau teacher ajar je yang kami faham."

Yerla tu korang ni. Rasanya sepuluh kali dah pesan dont do this, dont do that. Itu jugak yang korang tulis dalam kertas 2. Kalau kertas 1 tu, dah dipesan macam-macam tips, buat dekk je....

Apepepun, thanks a lot children.

At least,

MASIH ADA YANG SAYANG.

Tuesday, May 24, 2011

HELO MABUL!


Mabul again!

21 - 22 May 2011

Anak-anak bajau laut kutip sampah di perairan sulawesi untuk dijual.
Tanpa baju. Tanpa selipar.
Bersyukurlah kita masih ada semua.

Guest of honour. Anum and Elma.
Pemandangan lautan depan Arung Hayat Chalet.


The 3 of us.

Me and Elma.


Daily activity.
Simple gambling.
Sedih sangat bila tengok.
Especially kat baby tu.

Awesome holiday.
Akan ulang lagi.
But, next with mrhusband.

Wednesday, May 18, 2011

HARI GURU 2011


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah aku hari tu kitorang buat on time. Betul-betul pada 16 Mei 2011.


Perhimpunan pagi. Guru Besar membaca perutusan Menteri Pelajaran.
Panjang berjela. Penat berdiri.
Budak-budak ni ntah faham ke tak.
Haha.

Pagi-pagi tu jugak kitorang nyanyi lagu Kami Guru Malaysia, dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa.

Diteruskan lagi dengan Ikrar Guru.

Salu murid baca depan kitorang, kali ni kitorang lak baca ikrar depan diorang.

Agenda seterusnya, semua guru ke dewan. Sesi bertukar hadiah dan potong kek.
Kek di sponsor oleh kantin.
Bodek nak sambung tender la tu.
Ops!


Antara hadiah hari guru yang menarik.
Chocolates pls. More chocolates pls.
Ni anak murid yg obsess dengan aku yang bagi ni.

Another chocolates yang aku rasa berharga. Dapat dari murid kelas hujung. Sangat-sangat tak sangka because I dont expect them to give me present. Cukuplah dengan kejayaan dan ada penambahbaikan mereka dalam pelajaran.

Kad Hari Guru dari Omar Talib yang aku suka borak sebab ..... (rahsia)

Ini dari Ketua Murid. Saya minta maaf kerana tidak menulis kad ini di dalam bahasa inggeris. Terima kasih teacher kerana mengajar saya bahasa inggeris. Tanpa teacher, ntah apalah agaknya yang saya hendak tulis di kertas peperiksaan.

Antara kata-kata yang aku masih ingat. Terharu la plak.

Penuh kasih sayang ye. Aku lah antara yang garang. Habis semua kena piat perot dengan aku. Haha! Bila takde mood, aku jugaklah cikgu yang main angry bird dalam kelas.

Angry bird? Ops!

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.

Monday, May 16, 2011

WHILE?

Satu lagi masalah yang dijumpai apabila menyemak kertas peperiksaan anak-anak murid aku.

WHILE? WHILE? WHILE? WHY WHILE?


Inilah soalannya. Gambar dengan 10 perkataan sebagai bantuan. Aku faham, kadang-kadang diorang ni tak faham pun perkataan-perkataan ni semua walaupun dah banyak kali didedahkan dalam latih tubi.

Paling-paling masalah kalau painting tu, dia tak tau pun root word nya paint. Kalau hangs dengan hanging plak, dia tak tau pun sama je maksudnya tapi situasi berbeza.

Haih.

Tapi skang ni aku nak share penggunaan perkataan WHILE yang berleluasa dalam paper budak ini.

Selama ni aku terangkan WHILE adalah CONJUNCTION bila diorang nak gabungkan dua ayat. Ini ikut kesesuaian ayat la jugak kan kalau nak guna WHILE. Bila diorang tanya maksud, aku pun jawab WHILE = SAMBIL.

Tetapi,

Ini yang telah berlaku.



Baca je jawapan, terus rasa nak minum air sirap kenduri kahwin paling sejuk di dunia. Menyirap babe!

Aku dah pesan jangan guna nama sapa-sapa bila buat ayat. Dia buat jugak!

Dah la ayat pun tunggang langgang.

Sarinah WHILE carring to ........... carring?

Two boys while hatching ...... Bila masa plak dua budak lelaki ni boleh menetas? Aku tau la budak lelaki ni ada telor? Motif ko kata dia menetas?

Pak Abu while painting.....

Sarah while hangs.....

The house Sarinah is beautiful. Ni akak no komen u ols. Translate terus dari BM ni.



The boy while participate? Tak faham kenapa kena letak while. Mmg while tu maknanya sambil. Tapi takkan forever diorang ni nak menyambilkan diri? Ape semua benda diorang sambil-sambil je ke?

Nak kata aku salah ngajo. Dia ni sorang je masalahnya begini. Tak tau kenapa masalahnya sama dengan penggunaan MEDIUM ni. Sape yang bukak kitab baru ntah ni?

Yang lain-lain adalah masalah biasa. Guna nama orang. Is/are tunggang langgang. .Grammar present, past dan continuous yang masih tak reti nak guna sbb tak boleh nak fikir yang bila buat ayat, boleh tukar words yang diberi ikut tenses yang betul.

Contohnya:
hangs - hanging

Tak mampu lagi nak pike ke tahap tu.

Risau dengan budak-budak year 6 tahun ni.

Kena ubah strategi ni...


Sunday, May 15, 2011

BUT WHY?

I've tried to leave all the memories behind,

But why it was too hard?

I’ve tried to forget,

But why it’s still lingered around me?

I’ve tried to close my eyes,

But why all the images still captured in my mind?

I’ve tried to be stronger,

But why I am weak every time I think about it?

My inner side says that I am missing….

Everything that I left behind…

But why my ego says it is useless…?

I am sorry.

I am soo sorry.

For he, him and his.

Wednesday, May 11, 2011

EXAM WEEK

Exam week kat sekolah aku.
9 Mei 2011 - 12 Mei 2011.

Dan aku yang sedang busy menyemak kertas Bahasa Inggeris tahun 5 dan 6.
Setakat ni belum ada yang menggelikan hati.
Serius dah budak2 ni semua.
Dah tak pandai buat lawak.

Sama jugak la dengan aku.

Under-pressure mode.

Tapi tadi ada kawan aku tunjuk paper budak-budak kelas dia.
Majoriti kelas dia jawab style gini.

The mother is medium hanging the photos on the wall.
The father is medium painting the door.
The boys are medium carrying the sofa into the hall.
The family is medium moving to a new house.
The girl is medium pouring the paint into the tray.

(gambar takde, sbb bukan anak murid aku.)

Nampak medium?

Penat aku dan member aku tu siasat mana derang dapat perkataan medium.
Sapa pulak yang ajar.
Last-last, baru aku faham.

SMALL - KECIL
MEDIUM - SEDANG
LARGE - BESAR.

Medium yang diorang maksudkan dalam ayat di atas ialah SEDANG... setelah ditranslatekan directly from Bahasa Melayu.

Emak sedang menggantung gambar di dinding.
The mother is medium hanging the photos on the wall.

Pelik-pelik je diorang ni.
Penat dah dibagitau takde perkataan sedang dalam Bahasa Inggeris.

Haish!

Thursday, May 5, 2011

INI ADALAH ENTRY MERINDUI SUAMI

Mrhusband adalah sangat particular bila bab duit. Kalau dia rasa apa yang aku nak tu tak berbaloi dengan yang sepatutnya, akan terus terpacul dari mulut dia

"Berbaloi ke u beli?"

Terus mak sentap, lepaskan barang dari tangan.

Satu hari tu, tgh kami jalan-jalan berpegangan tangan nak melintas jalan ke shopping mall, tiba-tiba dia cakap camni...

" U cuba la kurang-kurang shopping tu. Tak payah dah beli apepe ek? Cukup dah semua."

" Tapi kalau I beli apepe untuk u cemane?"

" Abis u ingat kalau u beli apepe untuk I, I tak membebel la?"

"Yela, nak buat cemane. Kalau nampak apepeje, mesti teringat nak belikan untuk you. Jadi, I beli je la. Satu untuk I, satu untuk you..."

Terus diam tak terkata. Ataupun mungkin dia malas nak layan aku yg kuat menjawab ni. Haha.

Walaupun dia suka membebel kalau aku bershopping, tp tanpa aku sedar sebenarnya mrhusband ni appreciate for everything that I gave to him.

Contohnya jam dan minyak wangi hantaran. Dia cuma pakai bila bersama dan berjumpa aku je. Selain dari itu, simpan dalam almari. Kalau pergi sekolah hari-hari pun dia cuma pakai body spray atau perfume2 murahan.

Ada sekali terbaca komen dia kat FB bila kawan dia minta kopi sebungkus.

"Kopi yang dibekalkan oleh isteriku juga banyak... Kopi Tenom....."

Kalau aku tanya dia sihat ke tak. Dia akan jawab.

"Alhamdulillah, I sihat. Minum madu hari-hari..."

Aku la tu yang bekalkan dia kopi dan madu.....

Memang kalau depan mata, tak pasti tentang perasaan dia. Mrhusband tu kan heartless. Tapi, kat sebalik hati dia tu, perlahan-lahan aku belajar mengenali dia dengan lebih dalam.

Ah! Benci rasa ini.

Rindu setengah mati.