Tuesday, November 23, 2010

HARI MEMBUAT PASPORT

Pagi-pagi Isnin dengan semangat yang berkobar-kobar, aku bangun pagi-pagi dan tidak online. Terpaksalah demi pasport ku yang satu tu.

Sampai Jabatan Imigresen Alor Setar dalam pukul 7.45 pagi. Tu pun consider lambat sbb aku plan nak sampai 7.30.

Ambik number. Aku orang ke lima. Borang dah siap isi semalam. Actually petang semalam aku ada datang, tp nak jadi cite, tak jumpa ic dalam wallet. So, bagus aku datang pagi esok. Takde la buang masa. Lagipun ada 60 org waiting list.

8.25 pagi selesai semua. Tapi dia suh datang selepas sejam untuk ambik pasport.

Since, pejabat kerajaan dengan umah aku tersangat la dekat. Baik aku balik dulu, breakfast dan lepak-lepak.

Sharp 9.25 pagi terus gerak gi Jabatan Imigresen. Ambik number lagi sekali, terus kena panggil.

Dan akhirnya....


Pasport Malaysia.

Wah. I dah ada pasport ok!!!
Selama ni dok pakai pasport perjalanan terhad.

Aku rasa efisyen jugak la, sebab tak sampai dua jam urusan buat pasport ni selesai.

Alhamdulillah. Selesai satu keje.

No comments: