Tuesday, November 30, 2010

INAI

Bila bercerita pasal inai untuk perkahwinan, mesti ramai yang membayangkan inai india yang bercorak-corak kan?

Tapi, untuk aku, aku lagi prefer inai biasa. I'm really not into that inai india yang berkerawang-kerawang tu. So, I decided to ask my lil sister untuk buatkan inai homemade.

Adik aku ni memang pakar buat inai sebab dia memang sepanjang masa tangan berinai. Adik aku ni siap buat sample lagi sebab nak test whether inai yang dia buat tu cukup merah ke tak...

That is my sister yang bertungkus lumus memakaikan inai ke jari kaklongnya...


Time ni dia membebel-bebel kat aku sebab aku gi letak selotape kat keliling jari. Kononnya nak kasi lurus la kan. Hahaha. Maklum la, dia kan expertise dalam arena perinaian....

Untuk tips kepada semua B2B,

Seboleh-bolehnya pakai awal 2 hari inai di jari untuk check kadar kemerahan inai yang korang pakai tu. Macam aku, Alhamdulillah inai aku turn on very-very nice red on my finger.... Ada jugak yang tak jadi sebab warna inai ni ikut jugak dengan kesesuaian darah.

Nak resipi buat inai?

Ada nasi, gambir, asam jawa, daun inai. Adik aku blender semua tu sekaligus.

Inai homemade ni, selain dari mudah, cepat dan tak rumit... yang paling penting MENJIMATKAN!

Kalau kat kedah ni rate design inai india tu dalam RM80 - RM200, tp yang ini adalah percuma. Semuanya sumber dari dapor rumah, daun inai mintak kat kawan, gambir beli kat kedai india singgit.

Hasilnya?

KEPUASAN!

Monday, November 29, 2010

28.11.2010


28.11.2010

Alhamdulillah. I'm now officially Mrs Zawi.
Syukur atas kurniaanMu Ya Allah.

FINAL TOUCH


Meja makan beradap.


Pelamin with lighting dari box.


Pelamin with lighting from box campor lagi dengan spotlight.
Bunga pahar tak susun lagi kat depan tu.


Full view dari tepi rumah.
Meja makan beradap tu mengadap pagar utama masuk ke rumah aku/porch.
Pelamin di buat kat beranda.

Jadi, untuk B2B yang berada di Utara. This is your another option.
Silalah ke

Butik G-Glamour.
Jalan Sultanah, Alor Setar.

Banyak pilihan dan idea menanti anda.

Sunday, November 28, 2010

PERSIAPAN AKHIR

Suasana persiapan majlis perkahwinan kitorang. Khemah dah siap pasang dari Jumaat petang lagik together with the scallops dan sewaktunya. Dalam pakej ada 5 khemah, tapi my parents telah menambah lagi satu khemah. Takmo bersesak katanya.


Kelibat hitam itu adalah mastermind persiapan majlis atau kata lain Wedding Planner. Sangat puas hati dengan perkhidmatan beliau walaupun dia tak dapat nak bagi I kerusi pelamin idaman... Uhuks!~

Pekerja-pekerja Wedding Planner tengah pasang backdrop untuk meja makan beradap. Konsepnya adalah taman-taman di rimba. Hahahaha. Kalot je masa ni sebab tak jumpa sumber elektrik dari ofis abah kat belakang backdrop tu. Ntah mane la Pak Amid ni sorok suis ntah.

Nenda yang memantau keadaan sekeliling. Ramai orang masa ni, jadi nenek lepak saje di beranda menikmati suasana yang sibuk di luar rumah.

My Home Sweet Home.

Ada nampak macam ada majlis tak?

Tak kan? Sebab pelamin ape seme buat kat luar except bilik pengantin.

Saturday, November 27, 2010

BUNGA PAHAR DARI PASIR GUDANG


Last minute order jugak ni. Memula ingat nak cari kat Alor Setar je nanti. Tapi aku teringin bunga pahar lily dip atau stokin. Kalau nak request bebenda gitu, komfemla tiada di pasaran.

So, search kat internet and found this fotopages. Discuss and terus komfem, bank in deposit. Masa tu gamble je. Yerla, risau gak fraud kat internet ni kan.... Doa dan tawakal je la.

Alhamdulillah, safely arrived on friday morning kalau tak silap.... Di hantar ikut bus and I pick up kat stesen bus shahab with Pae.

Harga yang berpatutan dan hasil kerja yang sangat memuaskan.

Untuk panduan korang B2B kalau ada yang membaca, aku order dari sini
Zilah's Creation

Thursday, November 25, 2010

NENEK YANG GIGIH

Inilah nenek kesayangan aku.
Yang juga sibuk membantu cucunya membuat persiapan perkahwinan.
:D

Wednesday, November 24, 2010

WALL DECO : BLOOMY FLOWER FRAME

Ni adalah salah satu DIY Project for my wedding day.

Aku tak hire mak andam untuk deco my room atas sebab:-

i. Ruang bilik yang terhad.
ii. Mak aku dah tempah langsir baru including for my room.
iii. Mak aku dah belikan new bedroom set yang simple tapi tebabom.
iv. Saje nak test creativity diri sendiri.

Benda pertama yang aku beli adalah polisterine empat segi.
3 keping x RM 1.50 = RM 4.50

Pastu, anta polisterine ke kedai frame suh dia framekan polisterine. Memang pelik pakcik tu dengan request aku.
3 x RM 8.00 = RM 24.00

Ni rate tempat aku, tempat lain taktau la kot lagi murah ke kan..

Bunga plastik satu tangkai ada 5 kuntum, RM 1.90. Aku beli 10 tangkai kot lebih kurang. Tak ingat sangat.
10 x RM 1.90 = RM 19.00

Potong bunga ikut kuntum. Tinggalkan sket batang untuk cucuk ke polisterine nnt. Aku mmg saje pilih bunga besar-besar supaya cepat siap dan kos rendah. Bunga kecik, rumit sket nak mencucuk dan mendesign nnt


Contoh frame berserta souviniers untuk guest nnt...

Jeng jeng jeng. Dah siap seketul.....


Dah siap dua ketul. Lagi satu pending, sebab beli bunga tak cukup. Memula nak guna kaedah cuba jaya je. Tak sangka menjadi. Hehehe...


Kita close up sket.



Inilah hasilnya dengan kos tak sampai RM 50.00. Murah kan?

Mak aku la yang paling excited nak buat benda ni. Lagipun boleh recycle. Esok, wedding adik aku, kita tukar je bunga warna lain ikut theme colour dia.

Jimat kan?

Tuesday, November 23, 2010

HARI MEMBUAT PASPORT

Pagi-pagi Isnin dengan semangat yang berkobar-kobar, aku bangun pagi-pagi dan tidak online. Terpaksalah demi pasport ku yang satu tu.

Sampai Jabatan Imigresen Alor Setar dalam pukul 7.45 pagi. Tu pun consider lambat sbb aku plan nak sampai 7.30.

Ambik number. Aku orang ke lima. Borang dah siap isi semalam. Actually petang semalam aku ada datang, tp nak jadi cite, tak jumpa ic dalam wallet. So, bagus aku datang pagi esok. Takde la buang masa. Lagipun ada 60 org waiting list.

8.25 pagi selesai semua. Tapi dia suh datang selepas sejam untuk ambik pasport.

Since, pejabat kerajaan dengan umah aku tersangat la dekat. Baik aku balik dulu, breakfast dan lepak-lepak.

Sharp 9.25 pagi terus gerak gi Jabatan Imigresen. Ambik number lagi sekali, terus kena panggil.

Dan akhirnya....


Pasport Malaysia.

Wah. I dah ada pasport ok!!!
Selama ni dok pakai pasport perjalanan terhad.

Aku rasa efisyen jugak la, sebab tak sampai dua jam urusan buat pasport ni selesai.

Alhamdulillah. Selesai satu keje.

Monday, November 22, 2010

DIY : MUFFIN

Inilah keje aku di tengah-tengah malam buta kelmarin. Angin ape ntah yang datang.


Kita putar gula perang, butter dan telor


Masukkan tepung berselang seli dengan susu coklat.


Masukkan serbuk coco secukup rasa.


Masuk dalam cup masing-masing sebanyak 3 suku.


Bakar dalam oven.

Hasilnya? Muffin aku bantat. Terus tade mood nak buat muffin utk doorgift wedding.

Order je la!

Tapi semangat nak buat butter cake untuk nenek.
Yang ni kita guna resipi turun temurun je la.

DERETAN CHECKLIST


Tu dia.
Checklistku.
Dalam gambar 8 days to go..
Tapi hari ni tinggal 6 keping ja lagi sebab hari-hari aku akan cabut.

Projek hari ni.

Kain alas dan kusyen bilik pengantin dah siap.
Dah sapu dan mop lantai.

Wall deco : Bloomy flower frame.
Pasang ribbon kat goodies. Harap2 selamat sampai hari ni.

Tapi, kenapa aku rasa masih berilek-rilek ni?

Thursday, November 18, 2010

NIKAH'S HEELS

Jatuh chenta sama ini kasut, dan terus merembat.
Dengan alasan nak pakai masa akad nikah nanti.
Walaupun, sasah la kan tak pakai kasut dalam masjid nnt kan?
Takper boleh pakai masa photography...

Stok kat penang untuk my size dah habis...

Maka,

My Yayang telah berjaya menyelamatkan keadaan.
Terus minta tolong dia ke Pavillion.

Dan....

Heels ni dah selamat menjadi milikku.....

Thank so much yayang....

MISI LAGI 10 HARI

10 hari je lagi?

Hari ini punya misi :

1. Mencari frame dan bunga utk wall deco biilik pengantin
2. Alas side table untuk bilik pengantin.
3. Mop lantai bilik pengantin.
4. Mencari bunga pahar utk special guest dan orang marhaban.
5. Paper bag kena tambah.
6. Ribbon untuk gift dan hand bouquet.
7. Cubaan membuat muffin sendiri. (walaupun ummi bebel macam menyusahkan diri tapi sebenarnya nak menjimatkan kos)
8. Bunga artificial warna blue, turqoise and putih.
9. Vase untuk bunga hidup.
10.Gi TESCO
11. Watch and Book hunting for hantaran.
12. Songkok nikah Zawi.

Tu je dulu buat masa ni. Malam kang kena finalkan balik perkara-perkara yang belum siap.

Pengsan!~

Wednesday, November 17, 2010

IN PROGRESS ; VIP GIFTS

Akibat dikerah oleh Pipah.
Akhirnya siap jugak benda-benda ni separuh.
Kalau tak dikerah, komfem aku leka lagi di depan netbook.


Susunan barang yang masih belum di hias.


AJK-AJK Serbaguna kenduri aku. Ame and Pipah yang aku kerah whenever I need them.
Kalau derang bising, kita pekakkan telinga aje.
Janji keje siap....


Gini la rupanya.
Tapi belum siap sepenuhnya.
Belum gunting reben.
Belum letak gam.
Belum tampal sticker.


Ini hasilnya. Tapi masih belum siap.
Reben tak cukup.
Esok je la kita sambung ok?

TEKANAN

Tadi berskype dengan Zawi. Dia masih di Long Wat menabur budi dan jasa kepada anak bangsa. Baru tadi jugak dia gi beli tiket. Haih, cik abang... tak ingat nak menikah ke??? Kata saya di dalam hati. Nak sound depan2 tak berani. Tgh praktis jadi isteri yang taat la katakan....

Payah juga line dia tu. Tapi miracle sebab dapat gak tengok muka, dengar suara dan yang sewaktunya...

Syiok. Dia dah kurus ok!

Tapi yang tak bestnya... sila baca conversation di bawah

Teh : U nampak i tak?

Zawi : U gemokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Abislah, I sorang je la yang hensem nanti.

Teh : Eleh... kalau orang natural beauty, gemok ke kurus ke tetap nampak cantek...

Zawi : Mana u dapat fakta ni?

Teh : Fakta I sendiri

Zawi : Orang ada PHD pun tak buat tak fakta mcm tu. Ini realiti bukan fantasi...

Teh : I dah diet ok. Dia takmo gak kurus....

Zawi : Tu la.. orang suruh bersukan takmau.


Skang baru aku rasa tertekan dengan kondisi tubuh badan yang debab ni. I need to loose weight in 11 days. Boleh kah?

Esok mula puasa dan berjogging dan sit up sebelum tido!

Tuesday, November 16, 2010

VIP GIFT

Oklah babai. Banyak dah update untuk hari ini saja.

Nak pegi pasang ribbon kat VIP Gift pulak.

Jumpa lagik!~

SNEAK PREVIEW ; BAJU BERTANDANG

Hari ni for the first time dapat tengok baju untuk majlis bertandang.
Warna apple green.
Kebetulan ada sorang makcik kat butik.
Dia kata, jarang tengok orang buat warna ni.
Actually, based je warna apple green.
Warna yang naik nanti hijau lumut...
Yerla.. my other half suka hijau...


Ni pandangan depan. Belahan tu dia akan repair kasi tinggi.
Rasanya hari tu takmo belah-belah..
Tapi depa buat gak.
Layankan je....


Bahagian belakang baju adalah meleret ok.
Tak sesuai sangat untuk wedding kat kampung/felda,
Dah la kitorang takde flower girl.
Dress mcm ni seswai utk kat dewan je kan...
Cemane pun, abang G dah decide nak repair balik kasik kurang meleret.
Walaupun aku suka je sebenarnya.
Cuma tempat yang tak sesuai....

Well, baju ni tak siap lagi.
Pas repair, derang nak lekat manik and kerawang lagi.

Baju nikah?
Dah siap.
Tapi tak sempat nak amek gambar.

Uh! Tak sabar.

Tapi awas!
Sila diet dan exercise ye Teteh!

12 hari je lagi nih.....

DAH SAMPAI!!~

Today, 16th November 2010...
Nampaknya few things dah nampak hampir setel.
Benda yang dinanti-nanti telah tiba....


Apalah agaknya ni kan?
Yang penting puas hati.
Alhamdulillah, syukur.
Ummi tak marah-marah atau komplen.
Nasir pon bagi komen positif.
Ame pon cakap, lain dari yang lain.
Happy sangat.


Teh Hamizah & Hazawi
28 November 2010

Simpan elok-elok dalam almari....

SNEAK PREVIEW ; BAJU SANDING


Tadi gi fitting baju sanding kat Alor Setar.
So, this is my theme color....

Ergh! Tertekan sket.
Dah gemok ok.
Specially tang perot tak dapat nak selamatkan.
Cane ni?
Sempat ke in 12 days nak kuruskan semuanya?
Ke sebenarnya derang yg buat baju tu ketat sangat?
Assuming yang aku akan kurus...
Hmmmm.....

Tapi, tetap menten happy dan rileks2 aje....

SNEAK PREVIEW ; BILIK PENGANTIN


Sampai je rumah terus masuk bilik sendiri.

Teruja with my new bedroom set and new curtain.

Walaupun bilik sempit, tp tetap suka jugak.

Tak boleh la nak main kejar-kejar nanti.

Komfem terperangkap. Hahaha!

Suasana penuh dalam bilik, tunggu hari sebenar ye. Masih dalam proses.