Wednesday, October 27, 2010

GOODBYE MIRI, TILL WE MEET AGAIN

Balik dari Miri hari Ahad. Rasa lega sangat sebab flight aku pukul 9 pagi dari Miri dibatalkan and they transfered me to flight pukul 2.10 petang.

Dari KK ke Tawau pulak telah di reschedule at 7.30 pm.

Jadi, sempatlah kitorang breakfast and lunch together sampai bercerita dari hati ke hati.

Lepas check in, dia bagitau....

"Nanti bukak FB ye, I ada post video baru.."



So, this is the video : Leaving on a jetplane.





Sedih. Rasa macam tak nak balik.

"Tak nak la balik..."

"Orang dah bagi balik lambat, lagi takmau balik..."

"U ni macam nak suruh I balik je....."


Dia senyum je. Sambil bagi pesanan.

"Nanti, kalau jumpa diorang, hati-hati ye bila bercerita... Jadi pendengar yang baik, bukan pengulas berita..."


I really love the way he advice me. Dia tak cakap direct, tapi berkias. Kalau nak dipendekkan dari apa yang dia kias tu, maksudnya:

JANGAN BERGOSSIP!.

Haha.

For the first time in my life, aku nangis bila nak meninggalkan seseorang. Tak pernah rasa sedih dan sebak macam tu. Air mata tu mengalir tak berhenti-henti bila dah masuk gate. Before tu, tahan je sebab tak nak nangis depan dia. So, aku SMS dia...

"I'll be missing u so much!"


Tau apa dia jawab?

"Istighfar banyak-banyak k...."


Terus aku gelak.

Dia memang tak romantik, tapi kasih sayang dia tu sampai ke hati aku and he never failed to say that he loves me setiap kali dia ada peluang berhubung dengan aku.

Sekarang aku rasa apa?

Sakit jiwa sebab rindu sangat!

Thursday, October 21, 2010

OFF TO MIRI



See u guys. Will update kalau rasa nak berkongsi... Tak dapat nak update terus dari Miri since aku dah terminate my broadband.

Welcome to Miri Teteh.

Tuesday, October 19, 2010

OH KEKANDA!

Tajuk tak tahan. Kalau Huda panggil Hazrul, Arjuna, aku nak guna ape ek? Takde idea nak letak ape. Last-last letak kekanda je la. Jangan marah Huda....

Last weekend kitorang berchatting. Tu pun setelah aku menghantar message mengadu kesedihan terhadap dia, tp lepas tu aku minta maaf pulak sebab tetiba rasa macam menjadi seseorang yang tak berdikari dan tak memahami.

Hasilnya, on weekend he online sambil buat kerja.

Malam tu ada la beberapa karenah dia yang buat aku teruja dan tersengeh2 sesorang.

Him : Nanti kalau kawan-kawan u datang, i duduk dalam bilik je ek. U layan la kekawan u ye.
Me : Ape pulak? Ni dah salah konsep ni....
Him : I ni pemalu. U tak tau ke besar keMALUan bakal suami u ni....
Me : Ape??? besar kemaluan? Takotnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee......
Him : Ish! U ni. Ke situ pulak dia. Cuba istighfar 3 kali....


Hahahaha. Mesti dia sentap kat dalam hutan tu. Sorry sayang. Kadang-kadang I takleh control ke"mereng"an i ni. Tapi pelik, sebelum declare, ok je dia kalau tercakap ngarut-ngarut. Tapi, bila dah nak kawen ni, bersopan santun pulak bakal laki aku ni.....

Me : Sayang, lagi berapa hari?
Him : Berapa hari ape?
Me : Berapa hari lagi nak ke 28 November la...
Him : Ntah. I malas nak kira. Yang I tau, 28 November ni, I dah sah jadi suami u.


Aduhai........ Memula nak sentap. Tapi bila dia cakap...

Yang I tau, 28 November ni, I dah sah jadi suami u...


Perasaan? Tak tau nak describe.

Sunday, October 17, 2010

KAD KAWEN BATCH 1

Kad jemputan dah sampai since last week. Semalam baru bertungkus lumus menulis dan menampal setel. Tu pun tak sampai 50 keping...


Setem-setem yang bertaburan bersama kad-kad yang sudah siap di tulis. Ni batch yang perlu diposkan. Batch yang bagi by hand, ada dalam kotak.


Kita tampal setem 3 posen dulu.... Satu persatu.... Leceh gak la keje-keje menampal setem ni... Bagus kalau I ada PA.


Ini burung yang tak berkawan. Merajuk dengan kekaish memasing... Cuba korang teka, berapakah kos setem untuk sekeping kad jemputan bersama sampul bercetak?

Nampak tak? Apa? Tak nampak? Meh aku bagitau ye.. Sekeping kad jemputan bersama sampul bercetak memerlukan setem berharga 80sen untuk sampai kepada penerima. Akak pitamz u ols.....

Baru beli untuk 25 keping kad je... duit setem je dah RM20 hengget....

Saturday, October 16, 2010

THE WALL POST


So, seperti yang korang semua ketahui, invitation melalui FB telah pun dibuat... Alhamdulillah, dah ramai juga yang bagi response.... Yang tak bagi response tu, I tau... mesti nak buat surprise kan?

Dalam pada menginvite orang ni.... ramai juga yang rajin komen kat wall for this event sampai ada yang buat aku tergelak secara tiba-tiba.... Mostly untuk my dear Zawi laa...

Antaranya ialah...

" Alamak... ko nak nak kawen dah Zawi..."


Err... kenapa mesti alamak??? Adeh... adakah ini sesuatu yang mempanikkan korang? Hahaha... Klakar je... Ni mesti kes Zawi yang salu mengadu dia takde gf kat kekwn ni.... Hihihi...

" Kawen juga kau akhirnya Zawi..."


Sedey je ayat derang ni.... tapi at the same time buat aku tergelak terbahak-bahak...

"Tak dapatlah aku nak padukan dengan...... "


Ni komen tak menjaga tatasusila ni. Tak tau ke yang memantau event selain Zawi, adalah aku yang gojes ni. Ko matchmake la dengan sape2, tetap aku dihatinya.... Hihihi.... Yerla, dua tahun tu tunggu............ Tade la tunggu sangat sebenarnya, tp Alhamdulillah jodoh kami kuat....

Dan banyak lagi, tapi malas nak taip dan cari. Ayat kat atas tu pun guna ayat sendiri. Ala-ala la maksudnya.....

Okla. Dah ngantok. Tu pasal takmo elaborate banyak-banyak. Yang penting, akak terhibur.

Wednesday, October 13, 2010

WEDDING DRESS

Petang tadi baru bercakap dengan ummi pasal wedding dress.

Actually, seminggu lepas decide nak menamatkan zaman bujang, aku dah pun pilih baju apa nak pakai masa bersanding di alor setar. Kebaya lace warna turqoise. It is actually not my choice, its my mum choice. Tapi aku terima sebab aku rasa cantek, menarik tertarik da bom! Because of the color.

Tapi balik raya hari tu, ternampak satu dress warna putih turqoise ala2 princess. Abang Gee specially made for his niece yang kawen masa tu. Terdetik di hati nak gak la pakai baju tu nnt... ala-ala Moroccan wedding gituuu....

Tapi di abaikan begitu sahaja kehendak hati itu. Kelmarin dah bersuara kat ummi, ummi tak berapa setuju....

Walaubagaimanapun, untuk majlis bertandang di Johor, aku dan Zawi dah decide nak pilih green as our theme colour. Green yg mane aku tak pasti, but I hope the green turn out very well on me. Hehe!

Dress tu lebih kurang mcm ni design dia....

Taken from Zaifie Zainal creation facebook.

But mine takde la terbuka-buka kat kain dia tu.... simple je sebab Zawi tak berapa berkenan idea terbuka-buka bahagian bawahnya tu. Sebab ape, tak sempat nak tanya Zawi. Takot terbayang benda lain kot? Hahahaha!!

For him pun ada design khas yang match dengan dress tu. Malas plak nk cari kat internet. Yang penting, rasa tak sabar nak balik and tengok cemane la rupa baju untuk majlis bertandang aku nnt?

Disebabkan perkara di atas, kejap lagi kena bank RM500 kat ummi.

Perlahan-lahan wang ku semakin susut. Takpe, sekali seumur hidup, InsyaAllah.

Doakan kami ye kengkawan.

Sunday, October 10, 2010

BUNGA TANGAN | HAND BOUQUET

Wah! Lamanya tak update cerita kat sini. Nak kata busy takde la busy sangat pon. Tambah lagi sejak dah habis UPSR ni kan... Lagilah lapang tak terkata. Hujung minggu terhabis di atas katil saja. Tak sedar bila terlelap, bila pulak munculnya siang di esok hari.

Persiapan. InsyaAllah dalam keadaan yang baik. Perkara-perkara yang memerlukan Cik Teteh, telah diselesaikan masa balik raya hari tu.

Tapi hari ni Cik Teteh nak cerita pasal bunga tangan. I was thinking nak guna fresh flower as my hand bouquet.

Mr. Other Half tak begitu gemarkan roses and he prefer lily. Ini adalah hasil survey diri sendiri masa sama-sama ke kedai bunga. Ingatkan dia nak gi kedai bunga sebab apa... rupanya ada surprise!

Oh! Itu cerita lain. Kenangan manis dalam hidup. Pertama kali dapat bunga dari kekasih. (bunga konvo tak termasuk ye)

So, cari punya cari kat internet. Dapat lah inspirasi sedikit sebanyak....


Ini budget corner. DIY hand bouquet. Nampak menarik dan unik kan? Teringin gak nak buat. Tapi, masalahnya kau rajin ke Cik Teteh? Hihi


This is nice. Sangat-sangat cantik. Sesuai for both event. Nikah dan sanding. White lily.. boleh mix and match dengan semua warna...


Yang ni pun cantik gak. Mixkan dengan roses. Ni salah satu teknik penjimatan kos la. Sebab my cousin kata, bunga lily ni mahal. So, better campor-camporkan dengan bunga lain kasi meriah.


Simple and nice. Jimat kos ni. 3 batang sudahhhhhh. Maybe ni boleh guna masa akad nikah ko kan?

Ni, Cik Teh tak berapa nak berkenan. Tapi still amek as one of the idea... Purple Lily, tak pernah jumpa lagi di kedai. Tak pasti cantik dia tu sejauh mana...

Hmm. Rasa-rasanya, kalau dah tak sempat sangat, kita guna je lily 3 kuntum tu as hand bouquet kan? Simple je......