Friday, November 4, 2011

MOOD SWING

Hari ni nak menulis ala-ala meluahkan perasaan.

Lately ni mood aku swing memanjang. Lagi-lagi kalau ada benda tak kena di mata atau di hati aku. Rasa nak marah, sedih dan jadi terlalu sensitif. Cuma satu yang aku salute dengan diri sendiri, aku tak bawa mood swing aku tu di tempat kerja sampai kawan-kawan lain pun terkena tempias. Murid-murid mungkinlah.

Kehidupan dah semakin baik sejak aku berpindah di Miri. Baik dari personal life, mahupun kerjaya. Tak lama lagi aku dan husband akan berpindah ke rumah sewa kami. Hanya kami berdua. Planning nak beli rumah kat sini belum lagi terbit dari mulut suami. Tunggu dia dapat keluar dari pedalaman dulu kot.

Untuk kerjaya aku rasa sangat-sangat bersyukur diletakkan di sini. Masa mula-mula masuk ada terdengar gossip macam-macam, tapi konsep aku senang je. Selagi tak kacau aku atau buat aku menangis, aku tetap akan jadi SAYA YANG MENURUT PERINTAH. I will do all the jobs sebaik mungkin.

Budaya kat sini best. Semua orang baik-baik belaka. Tak seburuk yang ditakut-takutkan oleh orang. Walaupun masa awal-awal aku rasa sangat sunyi dan lonely. Lama-lama aku rasa kehadiran aku diterima semua. Yang paling best, kat sini takde sikap berpuak-puak atau bergeng-geng. Bila kami ada projek, semua orang sama-sama turun padang dan membantu. Bila makan, semua orang makan sama-sama. Seronok sangat.

Yang paling aku salute dengan mereka kat sini, belum pernah pun aku dengar mereka bercerita hal-hal peribadi orang lain. Atau menyibuk-nyibuk hal orang lain. Masing-masing lebih sibuk menjaga diri sendiri. Lebih sibuk menceriakan suasana. Lebih sibuk menyelesaikan tugas masing-masing dari memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Bila aku datang ke sini, baru aku dapat merasa kursus yang memang aku sentiasa harap-harapkan. Kalau rasa nak jadi JU pun dipersilakan. Tapi aku takdela ke tahap tu. Belum lagi dapat penyakit gila kuasa. Hahaha. Bulan pertama posting sini dah kena hantar kursus KSSR, lepas tu SPBT dan minggu depan mungkin ada lagi. Kat sini jugak aku dipertanggungjawabkan untuk membantu Penyelia Petang bila ada guru yang tidak hadir terutamanya pada hari Jumaat.

Budak-budak kat sini? Mereka lebih bijak menghormati guru dan lebih berdisiplin dari pengalaman aku sebelumnya.

Entry ni takde kena mengena pun kan dengan tajuk? Lari topik la pulak.

Memang mood aku salu swing. Dan aku mengharapkan its getting better bila suami sampai ke Miri petang ni. Aku selalu berharap dia sentiasa bersama dengan aku sepanjang masa. Selalu ada bila aku amat memerlukan kawan untuk bersama aku. Tempat aku nak curahkan kasih sayang, marah, geram, cinta dan segalanya. Tempat aku membebel bila terlalu banyak perkara bermain di fikiran. Sebab apa? Sebab si suami hanya tahu diam dan mendengar. Hehehe. Nampaak sangat take advantage. Taaapi, lepas tu selamatlah telingat kau dengar tazkirah dari dia. Keskeskes.

Tapi keadaan dan tanggungjawab memaksa kami untuk bersabar. Aku pun kalau dah terlalu banyak yang dipendam, mulalah rasa nak meroyan. Memang banyak, seriously banyak.

Hanya sabar pengubat duka.

3 comments:

Dark @ng3L said...

alah..swing sebab tak dapat sorping kan...

Teh said...

yayang belikan la i dress yg sama dengan u tu..... mesti i dah tak mood swing dah.... hahahahaha

Dark @ng3L said...

ahahaaaahhaaha sempat lg selittt