Syukur Alhamdulillah sudah menjangkau usia 29 tahun.
Hadiah hari ulangtahun kelahiran terbaik seumur hidup setakat ini ialah ini...
Walaupun keputusan pertukaran antara daerah husband ni keluar awal 2 hari dari hari lahir, aku tetap anggap ini hadiah terindah dan terbaik sepanjang hidup ini.
Syukur, Alhamdulillah telah dimakbulkan.
Aku patut gembira di hari ulangtahun kelahiran. Tapi tahun ini tidak begitu ceria. Pagi di sekolah busy bergotong royong dan menyiapkan urusan SPBT.
Dalam pada itu, hati tidak tenang. Aku sampai terfikir, adakah kerana umur kita semakin singkat, jadi hari lahir ulangtahun tidak di sambut dengan meriah? Kerana itu juga husband pesan, zikir banyak-banyak sempena hari ulangtahun kelahiran tanda bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.
Di hari ulangtahun kelahiran aku juga, aku telah kehilangan anak buah yang pertama yang juga lahir sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran aku. Namanya Omar, seorang bayi lelaki yang sangat comel.
Sedihnya hati maklong tak dapat nak menatap wajah kamu buat kali pertama dan yang terakhir.
Omar lahir pada 12.11.2011 pada usia 31 minggu di dalam kandungan. Ibunya mengalami kontraksi secara tiba-tiba dan bila diperiksa sudah terbuka 4cm. Walaubagaimanapun, ibunya terpaksa dibedah kerana kedudukan bayi yang melintang.
Omar dapat menghirup udara dunia tidak sampai satu jam dan Allah lebih sayangkan dia.... Subhanallah, kuasa Allah melebihi segalanya. Segala yang berlaku tidak kita sangka.
Semoga roh Omar tenang di sana dan menanti kehadiran ummi dan abahnya di pintu syurga.
Al-Fatihah.
1 comment:
happy bday teh :) have a great year ahead, dear!!! wowweee dah nk cuti skolah... bleh cuti lame ;p
Post a Comment