Sunday, August 28, 2011
RAMADHAN 28
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
NAK TERGELAK
Nak tergelak betul tadi masa shopping kat Kota Tinggi dengan husband and his friends...
Aku : Adik aku tu memang la, dia takleh berenggang dengan mak aku...His friend : Ko untung la zawi... Nasib baik ko dapat bini yang boleh berenggang dengan mak dia...Husband : Tu la masalahnya... Aku ni yang tak boleh berenggang dengan mak aku.
Aku?
Senyum meleret.
Manja juga rupanya husband ni.
Saturday, August 27, 2011
BALIK KAMPUNG!
Alhamdulillah!
Akhirnya.
Me and husband akan kembali ke kampung halaman.
Rindu bau tanah semenanjung.
RAMADHAN 27
Ya Allah! Rezkikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadar, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh.
Friday, August 26, 2011
RAMADHAN 26
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.
Thursday, August 25, 2011
RAMADHAN 25
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.
Wednesday, August 24, 2011
RAMADHAN 24
Ya Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.
THE HUSBAND
Nak cite pasal husband lagi har ni.
Biasalah rumahtangga mesti la ada gigit lidah kan.
Aip! Aip! Jangan pk lain.
Pernah je husband tegur bila aku buat benda yang tak kena di mata dan hati dia. Lepas tu mula la aku tarik muncung berinci-inci dicampur lagi dengan emo tak tentu hala.
Tapi husband ni, tenang je....
"I cuma tegur je. Salah ke cara I bagitau you? Kasar sangat ke bahasa I?"
Mestila aku terdiam.
Takpun bila aku meroyan ke, cemburu tak tentu hala ke, apepe je la.... jawapan dia macam ni
"I tak kisah u nak cemburu. Sebab I tau u sayang. Tapi kalau dah cemburu sampai menyusahkan diri sendiri, I rasa tak patut....."
Atau macam ni...
"Bila u cuba cari kesalahan I, I kecewa sebenarnya..... I minta maaf, kalau semua I yang salah..."
eEeeee.... suka buat aku rasa bersalah tau.
Tuesday, August 23, 2011
RAMADHAN 23
Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.
Monday, August 22, 2011
RAMADHAN 22
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.
Sunday, August 21, 2011
SEDIH DI PAGI HARI
Pagi-pagi lagi telefon aku berbunyi.
Abah aku rupanya.
Lepas a few conversation, abah cakap mcm ni...
"Abah mimpi Teh la mlm tadi. Abah mimpi Teh nangis. Terus abah terjaga. Pastu abah terfikir, Teh balik ke?"
Ya, Allah sedihnya... Lagi sedih bila dengar suara sebak abah.
Cepat-cepat abah letak telefon. Mesti airmata dia tengah mengalir lepas tu.
Memang. Aku mengaku. Dah lama sangat aku tak balik menjenguk abah dan ummi di Kedah.
Ampunkan aku. InsyaAllah, anakanda sampai nanti.
RAMADHAN 21
Ya Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.
Saturday, August 20, 2011
RAMADHAN 20
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu sorga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.
Friday, August 19, 2011
RAMADHAN 19
Ya Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketertedmaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pembed petunjuk kepada kebenaran yang teran
HUSBAND SAID
Husband once said,
"Kenangan lama memang indah dan susah nak dilupakan, tapi kita kena maju ke depan untuk membina kenangan yang lebih indah dan takkan dilupakan..."
" Setiap kelemahan dan kekurangan you I takkan sebut atau ungkit. Biarlah ia menjadi perkara yang paling indah dalam hidup I...."
Thank you husband. For accepting me the way I am.
I miss you.
Thursday, August 18, 2011
RAMADHAN 18
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.
Wednesday, August 17, 2011
RAMADHAN 17
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.
Tuesday, August 16, 2011
RAMADHAN 16
Ya Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.
KURSUS LAGI
Kursus Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Bagi Penyelia Daerah dan Guru SPBT.
15-17 Ogos 2011.
Mega Hotel Miri.
Cabaran baru, benda baru......
Alhamdulillah....
Syukur dengan tanggungjawab baru ini.....
Monday, August 15, 2011
DARI KACAMATA SEORANG KANAK-KANAK
Minggu lepas, aku minta anak-anak murid 1 Amanah lukis Rumah Saya...
Masa ni dia datang tunjuk drawing dia. Suruh aku tanda la tu.....
Tengok kat tingkap rumah dia tu.. Ada sorang perempuan dan seorang lelaki.... Aku pun tanya la kat dia....
Cikgu : Shah Faiz, ni sapa ni yang duduk dekat tingkap ni?Shah Faiz : Ini mak saya, ini saya....Cikgu : Ayah kamu pulak mana?Shah Faiz : Ayah ada di Kuching.
Tanpa aku sedar, sebenarnya lukisan kanak-kanak ini terlalu banyak cerita tentang kehidupan mereka sehari-hari. Dari lukisan Shah Faiz, aku tau dia hidup dalam long distance family.... Dalam hidup dia cuma ada dia dan emak dia.... Dia mempunya rumah yang bertingkat, kereta berwarna biru....
Terasa juga yang dia amat sayangkan mak dia... Kalau tak, takkan dia lukis gambar mak dia kan?
Ada juga aku tengok lukisan kanak-kanak lain, rumah besar... kereta beberapa buah... pagar batu bersama nombor rumah....
Gambar keluarga mereka....
Semuanya ada cerita.... dan dalam masa yang sama, kita sebagai guru pun dapat kenal kanak-kanak ini secara peribadi.....
Selain dapat memupuk rasa sayang dan ambil berat dengan mereka.....
:).
Alhamdulillah....
I really love my job. Thank you Allah.
RAMADHAN 15
Ya Allah! Berilah aku rezki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.
Sunday, August 14, 2011
RAMADHAN 14
Ya Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.
Saturday, August 13, 2011
RAMADHAN 13
Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.
Friday, August 12, 2011
RAMADHAN 12
Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.
GERIKIAN AT MIRI
Weekend lepas, I berbuka puasa dengan geng Gerik yang berada di Sarawak. Kebetulan Khod turun dari Limbang... Wah! Makan besar la kita.....
Siti Khod, Ina and Me. ( I memang suka pakai tudung comot-comot. Malas.)
Inilah antara geng-geng Gerik yang terkandas di kepulauan Borneo.
Best dan menggembirakan.... Ahad malam tu pulak, tetiba ada budak Gerik buat announcement dia pun kat Miri...
Apelagi, lepas Khod balik, I dengan Ina pun bergathering pulak dengan si Izandi.
Belasah Nasi Lalapan.....
Alhamdulillah......
Thursday, August 11, 2011
RAMADHAN 11
Ya Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.
MAJLIS PERPISAHAN PK KURIKULUM KAMI
Pada 28hb Julai yang lepas, sekolah kami telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Penolong Kanan Kurikulum. Beliau telah dinaikkan pangkat ke DG 34 sekaligus menjadi Guru Besar ke sekolah lain di bandar Miri...
Setinggi-tinggi tahniah untuk Puan.....
Ketika Puan berucap di dewan terbuka sekolah kami.... Saya masa ni menjadi AJK yang tak pernah tercapai dek akal.....
AJK Hadiah............ Hihihihi.... Salunya yang lemah lembut je jadi AJK Hadiah.. Tapi, nama I tersenarai la pulak... I pernah juga jadi MC tau untuk Majlis Penutupan Kem Motivasi Sekolah... Auwww.......
Hadiah-hadiah di atas adalah sumbangan dari setiap kelas di sekolah kami... dan juga hadiah persendirian dari guru-guru.....
Pada 29hb Julai pula, Majlis Perpisahan diteruskan lagi di Hotel Dysnasty Miri..... Sedap sangat makanan dia.... Sayangnya, I tak bawak pulak boyfriend I masa tu... Wow.. Boyfriend la sangat kan... Feeling2 remaja gitu....
Antara aktiviti.. Karaoke sampai lebam... Ikutkan, cikgu-cikgu baru memang kena nyanyi.... Tapi I mengelat... I cakap, kalau suruh mengaji baru I pegi....
Over tak? Hahaha....
Nyanyi pun takde tune.... Satgi orang ingat I rapping pulak.....
Semoga mantan Penolong Kanan Kurikulum kami dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, dan sukses selalu......
Wednesday, August 10, 2011
AKU INGAT DIA KENA PUASA....
Korang tengok betul-betul nama budak yang berdiri di belakang sket tu...
Nama dia Norshafikah Peni.
Mati-mati aku ingat dia muslim.. pelik gak tetiba ada dalam kelas moral aku...
Rupanya dia berbangsa Iban.....
Pernah gak terjadi di kelas 2 Tekun... Ada sorang budak lelaki bermuka melayu rilek je minum air....
Aku pun sound...
Cikgu : Fazley, awak tak puasa ke?
Fazley tercengang-cengang.
Tiba-tiba ada pulak budak lain bersuara...
"Cikgu... dia Iban laaaaaaaaa..... "
Astaghfirullahalazim... sangat mengelirukan......
RAMADHAN 10
Ya Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.
Tuesday, August 9, 2011
RAMADHAN 9
Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.
Monday, August 8, 2011
RAMADHAN 8
Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa kasih sayang tenhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap...
Sunday, August 7, 2011
RAMADHAN 7
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.
Saturday, August 6, 2011
RAMADHAN 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!
Friday, August 5, 2011
RAMADHAN 5
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Thursday, August 4, 2011
RAMADHAN 4
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya bendzikin mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.
Wednesday, August 3, 2011
RAMADHAN 3
Yaa Allah! Berikanlah aku rizki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!
Subscribe to:
Posts (Atom)