Wednesday, September 22, 2010

RASA INI

Rasa sebak bila dengar suara.
Masih tebal rindu ini walau terubat sunyi.

Sayang,
I rindu u sangat-sangat.
I rindu every single things we did together.
I rindu sangat every single words that u said.
I rindu to listen to you.
Your voice.
Your laugh.
To see u smile.

I rindu nak chat mengarut-ngarut dengan u.
I rindu bila u pimpin tangan I bila kita lintas jalan.
I rindu tengok u pening masa kita shopping.
I rindu tengok u excited tengok barang kemas.

I rindu bila u pujuk I.
I rindu SMS u.
I rindu to be excited with ur call.

I rindu semua tentang u.

Everything!


Tuesday, September 21, 2010

GOING BACK TO SEMPORNA



Pagi Ahad di rumah Jue terbangun lewat sebab asyik terjaga je sepanjang malam. Batuk-batuk dan kesukaran bernafas. Something wrong with my saluran pernafasan. Ni mesti tanda-tanda kurang minum air masak dan byk sgt minum air sejuk.

Peringatan suh jaga kesihatan la tu.

Memula janji dengan Jue nak gerak ke ERl pukul 12. Tapi pukul 11 dah bersiap. Kelam kabut Jue buatkan breakfast maggi ayam dan nescefe panas. Terbaiklah!


Baju dengan seluar dah plan nk pakai apa. Sekali part tudung tu yg runsing. Terlupa lak bawak brooch sebab otw to KL semlm sarung je tudung Ariani je. Dok dalam kete je pon. Comot-comot pon, Ame dengan bf dia Helmi gak yang mengadap kakak derang ni.

Akhirnya, selongkar-selongkar bag, berjaya jumpa tudung Ilham Asyiq yang diorder dari Anum. Belasahkan je la walaupun tau mesti muka akan nampak macam pinggan.


Cubaan menampakkan muka kelihatan panjang seperti gelas. Rasa cantik pulak bila pakai tudung ni. Selama ni agak tak konfiden sebenarnya. Hihihi.

Plan bertukar. Diella nak jumpa kat KLIA. Disebabkan malas nak naik ERL, minta tolong dia jempot kat rumah Jue dah alang-alang dia dari Pandan Indah.

Terkejut Diella sebab cik Teteh dah siap. I memang terkenal dengan kelambatan dalam bersiap-siap dan terhegeh-hegeh dalam melakukan sesuatu. Maka, hari itu adalah miracle.

Having lunch at Mc D, bercerita dan mendengar tentang macam-macam perkara.

Me and Diella before boarding. Bergambar depan butik Bonia. Hampir terembat seketul handbag tetapi dihalang Diella dengan alasan mau kawen banyak pakai duit.

Tapi termimpi-mimpi ni caner?????

Flight at 2.20 pm and safely arrived Tawau at 5.30 pm.



Muka penat dah sampai Tawau. Akhirnya berakhir gak perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam tu. Sakit jiwa raga I tau...


Cubaan senyuman ikhlas tapi kelihatan palsu. Ni masa nak tunggu airport taxi untuk kembali ke Semporna.


I tak balik sorang tau. I balik dengan cik Nik dan kekasih hatinya. Alhamdulillah... dalam jam 8 malam, selamat sampai ke bumi Semporna tempat menabur bakti dan jasa.

Monday, September 20, 2010

SEMALAM BERSAMA JURINA

Memang dah selalu akan transit kat rumah Jue tiap kali nak kembali ke Sabah. Mungkin ini kali terakhir kot tumpang rumah dia. Lepas ni lain pulak plan dan routenya...

Kita hanya merancang, tapi keadaan sebenar tak jelas lagi cemane.

Sampai rumah Jue dalam pukul 5.30 petang. Lepak-lepak borak sakan, malam tu Jue bawak gi dinner kat tempat best katanya.

Nice ambience I would say but to bad I forgot the name. Eh, dah tau dah selepas mengcheck sent item di hp.

Port Aroma Bistro nama kedai diberi.


Ni pandangan depan. Meriah dan cantik. Ramai orang prefer dok luar sebab ada big screen and selasa. Kerusi kat dalam yang cantik-cantik tu buat hiasan je la. Kalau hujan je kot baru org masuk dalam..

Datang je menu. Rambang mata dibuatnya. Kitorang order sup ayam, telor dadar, kailan ikan masin, daging masak cili kering dan perahu pecah. Punyalah penuh meja macam 5 orang yang nak makan.

Jue awek Sarawak yang sedang menikmati makan malam yang enak dan lazat. Puas hati dengan service di beri. Licin sampai menjilat jari kitorang dua belasah... Hihihi...

Total dinner pada malam tu ialah RM32.00. Consider murah la kan?

Wednesday, September 15, 2010

TETIBA TERASA SANGAT SYAHDU

Dalam 5 hari berkepit tak kira masa. Walaupun dia tidur sepanjang hari tapi tetap kami serumah dan aku tau dia ada di situ.

Dalam masa 5 hari kami berbuka puasa bersama, duduk semeja bersama seisi keluarga.

Dalam masa 5 hari dia hiburkan aku dengan gelak tawa dan gurau senda yang tak pernah berhenti.

Dalam masa 5 hari yang aku rasakan penuh dengan limpahan kasih sayang dan cinta yang tak pernah aku rasa kurang atau janggal.

Dalam masa 5 hari kehidupan aku dikelilingi oleh mak, abah, ummi, abah serta adik-adik yang sentiasa memberi sokongan dengan cinta suci ini.

Dalam masa 5 hari, masa yang kami ada untuk menyimpan setiap memori tentang aku dan dia.

Dalam masa 5 hari kami menggunakan sebaiknya masa yang ada untuk berbincang, bergurau dan bercerita.

Dalam masa 5 hari masing-masing menyulam cinta dan kasih sayang yang selama ini berputik di alam maya.

Dan hari ini, dia akan kembali ke hutan belantara yang penuh pancaroba. Lagi rasa syahdu bila aku tak dapat berada di situ sebagaimana aku berdiri di depan pintu airport menanti ketibaan dia dari Miri.

Akan kembali dengan rutin tentang hidup dan cinta.

Cinta Long Wat dan Semporna sehingga membuatkan ramai terpinga-pinga bagaimana kisah cinta ini bermula dan kenapa?

Tuesday, September 14, 2010

HIM


Him. At JB Airport with his brother. The day he arrived from Miri.
Sampai hati buat tak tau kat I tau... Terpaksa I menyelit di celah-celah kedua pasangan romantis bakal mertua...

HARI BERDEBAR


Kat Airport Tawau. Menghitung detik untuk bertemu bakal mertua. Sempat lagi pose kat airport tu..


Itula tiket I. Tawau to KL pukul 11.55 pagi. KL to JB pukul 5.25 petang....

Takkan lupa hari ini sampai bila-bila.

3 September 2010.
6.30 ptg. First time I met my future parents in law.

Alhamdulillah, everything went very well.

Saturday, September 11, 2010

FIRST TIME I MET HIM AFTER WE DECLARE AS A LOVER

"Teh, lepas Isyak ye kita gi jemput Zawi..." pesan abah.

Lepas berbuka, kemas-kemas apa yang patut. Terus aku ke bilik tetamu untuk bersolat maghrib dan menunaikan apepe yang patut.

Sekejapnya masa berlalu. Selesai solat Isyak, dalam masa aku bersiap-siap, mak mengetuk pintu.

"Teh, dah siap?Jom..."

Hati berbunga riang dalam debaran. Betul-betul berdebar.

Bila turun je aku dari bilik, abah menegur...

"Amboi.. cantiknya dia nak jemput darling dia..."

Aku tergelak.

"Ala.. pakai t-shirt je abah..."

Sepanjang dalam perjalanan, memang hati aku berdebar-debar. Berpuluh kali rasanya aku mengadu pada mak dan abah betapa berdebar nya aku. Sambil-sambil tu, abah dan mak masih menginterview kisah percintaan kami. Soalan cepu emas yang terlekat dalam kepala aku ni.

"Teh takde kawan ke?"

Cepat-cepat aku menjawab.

"Mmm. Takde."

Tipulah kalau aku kata memori itu sudah hilang. Tapi, aku masih waras untuk memikirkan masa depan. Siapa yang tak mahu bahagia bukan? Biarlah dia kata dia sayang aku sampai dia mati. Takde maknanya sayang kalau kesakitan yang sering menjengah perhubungan. Titik.

Sampai airport, sekali lagi aku luahkan rasa berdebar. Kami tiba awal. Jadi, sempatlah aku duduk berbual dengan mak tentang dia dan kami. Memang tak tergambar rasa itu. Sehinggalah kapal terbang dari Miri mula mendarat. Mak jugaklah yang perasan kelibat other half, sama macammana mak perasan kelibat aku semalam.

Semua other half salam kecuali aku, bila kami bertentang mata, ayat yang terkeluar dari mulut dia...

"Eh? Ada orang baru?"

Semua gelak besar. Aku tersipu malu.

Other half jalan bersama abang ngah dan aku bersama mak dan abah.

"Tengokla tu Teh. Dia buat macam biasa je. Macam dia takde apepe dengan Teh. Macammana la kami nak tau dia ada sapa-sapa..."

"Takpela abah. Dah memang dia jenis macam tu."

Bila nak naik kereta tu, abah bersuara.

"Teh naik dengan Zawi ye, biar abah dengan mak hantar abang ngah."

"Eh, abah bagi chance ke?" seloroh aku.

"Kalau tak balik kitorang mlm ni, paham-pahamlah ek. Nak pergi check in hotel ni".

Dia pulak berseloroh.

Abah dan mak gelak besar.

Dan mlm tu date pertama kami setelah berstatus. Berbual panjang sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Sebab penat dan kesiankan other half. Kami terus pulang ke rumah dan sambung perbincangan di dapor bersama mak dan abah. Perbincangan tentang esok dan tarikh 28.11.2010.

Bahagianya rasa....

Monday, September 6, 2010

THE DAY I MET MY PARENTS IN LAW

3 September 2010.

Berdebar juga rasanya atau perasaan yang lebih dari itu. Ini pertama kali untuk berjumpa bakal mertua setelah bercakap melalui corong telefon sahaja.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aura agaknya, senang je mak mengenali aku walaupun dari kejauhan. Awal-awal agak segan nak bahasakan mereka sebagai mak dan abah. Tapi, lama-kelamaan rasa janggal itu hilang.

Petang tu kami berbuka puasa di dalam kereta bersama kurma yang dibekalkan oleh Malaysia Airlines. Pulang ke rumah untuk bersolat maghrib dan seterusnya ke Bandar Tenggara untuk makan dan berjumpa adik beradik other half yang lain.

Seronok di Bukit Besar. Suasana kampung yang mendamaikan. Halaman rumah yang nyaman, penuh pokok dan kemas. Mak mertua yang sangat rajin menguruskan hal-hal pokoknya. Abah yang kelakar tapi dalam masa yang sama tegas. Zazi adik bongsu other half yang lucu.

Pagi Sabtu cuma duduk di rumah. Kemudian ikut mak dan abang ngah ke Kluang. Tolong bersihkan rumah di samping kena interview sedikit dua dikit tentang hubungan unik dan aneh kami.

Susah gak nak jawab kerana separuh dari jawapan itu hanya ada di dalam hati Zawi.

Kita tunggu cerita pertemuan pertama kali antara aku dan dia selepas berputiknya perasaan cinta, sayang dan rindu yang di lakar melalui alam maya....