Wednesday, November 17, 2010

IN PROGRESS ; VIP GIFTS

Akibat dikerah oleh Pipah.
Akhirnya siap jugak benda-benda ni separuh.
Kalau tak dikerah, komfem aku leka lagi di depan netbook.


Susunan barang yang masih belum di hias.


AJK-AJK Serbaguna kenduri aku. Ame and Pipah yang aku kerah whenever I need them.
Kalau derang bising, kita pekakkan telinga aje.
Janji keje siap....


Gini la rupanya.
Tapi belum siap sepenuhnya.
Belum gunting reben.
Belum letak gam.
Belum tampal sticker.


Ini hasilnya. Tapi masih belum siap.
Reben tak cukup.
Esok je la kita sambung ok?

TEKANAN

Tadi berskype dengan Zawi. Dia masih di Long Wat menabur budi dan jasa kepada anak bangsa. Baru tadi jugak dia gi beli tiket. Haih, cik abang... tak ingat nak menikah ke??? Kata saya di dalam hati. Nak sound depan2 tak berani. Tgh praktis jadi isteri yang taat la katakan....

Payah juga line dia tu. Tapi miracle sebab dapat gak tengok muka, dengar suara dan yang sewaktunya...

Syiok. Dia dah kurus ok!

Tapi yang tak bestnya... sila baca conversation di bawah

Teh : U nampak i tak?

Zawi : U gemokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Abislah, I sorang je la yang hensem nanti.

Teh : Eleh... kalau orang natural beauty, gemok ke kurus ke tetap nampak cantek...

Zawi : Mana u dapat fakta ni?

Teh : Fakta I sendiri

Zawi : Orang ada PHD pun tak buat tak fakta mcm tu. Ini realiti bukan fantasi...

Teh : I dah diet ok. Dia takmo gak kurus....

Zawi : Tu la.. orang suruh bersukan takmau.


Skang baru aku rasa tertekan dengan kondisi tubuh badan yang debab ni. I need to loose weight in 11 days. Boleh kah?

Esok mula puasa dan berjogging dan sit up sebelum tido!

Tuesday, November 16, 2010

VIP GIFT

Oklah babai. Banyak dah update untuk hari ini saja.

Nak pegi pasang ribbon kat VIP Gift pulak.

Jumpa lagik!~

SNEAK PREVIEW ; BAJU BERTANDANG

Hari ni for the first time dapat tengok baju untuk majlis bertandang.
Warna apple green.
Kebetulan ada sorang makcik kat butik.
Dia kata, jarang tengok orang buat warna ni.
Actually, based je warna apple green.
Warna yang naik nanti hijau lumut...
Yerla.. my other half suka hijau...


Ni pandangan depan. Belahan tu dia akan repair kasi tinggi.
Rasanya hari tu takmo belah-belah..
Tapi depa buat gak.
Layankan je....


Bahagian belakang baju adalah meleret ok.
Tak sesuai sangat untuk wedding kat kampung/felda,
Dah la kitorang takde flower girl.
Dress mcm ni seswai utk kat dewan je kan...
Cemane pun, abang G dah decide nak repair balik kasik kurang meleret.
Walaupun aku suka je sebenarnya.
Cuma tempat yang tak sesuai....

Well, baju ni tak siap lagi.
Pas repair, derang nak lekat manik and kerawang lagi.

Baju nikah?
Dah siap.
Tapi tak sempat nak amek gambar.

Uh! Tak sabar.

Tapi awas!
Sila diet dan exercise ye Teteh!

12 hari je lagi nih.....

DAH SAMPAI!!~

Today, 16th November 2010...
Nampaknya few things dah nampak hampir setel.
Benda yang dinanti-nanti telah tiba....


Apalah agaknya ni kan?
Yang penting puas hati.
Alhamdulillah, syukur.
Ummi tak marah-marah atau komplen.
Nasir pon bagi komen positif.
Ame pon cakap, lain dari yang lain.
Happy sangat.


Teh Hamizah & Hazawi
28 November 2010

Simpan elok-elok dalam almari....

SNEAK PREVIEW ; BAJU SANDING


Tadi gi fitting baju sanding kat Alor Setar.
So, this is my theme color....

Ergh! Tertekan sket.
Dah gemok ok.
Specially tang perot tak dapat nak selamatkan.
Cane ni?
Sempat ke in 12 days nak kuruskan semuanya?
Ke sebenarnya derang yg buat baju tu ketat sangat?
Assuming yang aku akan kurus...
Hmmmm.....

Tapi, tetap menten happy dan rileks2 aje....

SNEAK PREVIEW ; BILIK PENGANTIN


Sampai je rumah terus masuk bilik sendiri.

Teruja with my new bedroom set and new curtain.

Walaupun bilik sempit, tp tetap suka jugak.

Tak boleh la nak main kejar-kejar nanti.

Komfem terperangkap. Hahaha!

Suasana penuh dalam bilik, tunggu hari sebenar ye. Masih dalam proses.