Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

HELO MABUL!


Mabul again!

21 - 22 May 2011

Anak-anak bajau laut kutip sampah di perairan sulawesi untuk dijual.
Tanpa baju. Tanpa selipar.
Bersyukurlah kita masih ada semua.

Guest of honour. Anum and Elma.
Pemandangan lautan depan Arung Hayat Chalet.


The 3 of us.

Me and Elma.


Daily activity.
Simple gambling.
Sedih sangat bila tengok.
Especially kat baby tu.

Awesome holiday.
Akan ulang lagi.
But, next with mrhusband.

Tuesday, January 18, 2011

MIRI, I COME AGAIN!

Tetiba terbengkalaikan blog sendiri kan? Belom ada mood nak menulis actually. Lagipun, macam la ada readers....

Actually, last weekend I went to Miri. Keputusan mendadak. He texted me on Wednesday, terus zassstt beli tiket. Masa tu dah tak fikir dah how much it will cost. Janji I meet mr. husband.

Dari Semporna to Miri kene lalui beberapa pit stop.

Semporna - Tawau - Sandakan - Kota Kinabalu - Miri.

Flight dari Tawau pukul 5 petang. Selamat sampai Miri pukul 10.30 malam.

Jadi cerita pulak, mr. husband sakit gigi yang sangat teruk. Siap dapat mild fever lagik. Sedih sangat tengok keadaan dia.

Tapi, yang terbaiknya, he still entertain and care about me. Sepatutnya aku la jaga dia kan?

Eh, aku jaga ok... tp kalau waktu makan, kita gi la makan kan? Lagipun mr husband ni suka makan orangnya. Kecewa sket la dia sbb tak dapat makan dengan nikmat that day.

So, ini antara meal yang kitorang belasah kat Miri. Signature dishes of Sarawak kata orang!

Nasi Lalapan Bawal
Served with Ikan bawak goreng garing panas-panas, tahu goreng, ulam-ulam, sambal belacan dan nasi putih. Sedap gila!

Selalu aku order ikan keli, tapi habis lak malam tu....

The lauks.


The nasik.


Ok. Yang ni pula adalah Mee Kolok.
Mee kering digaul dengan kicap. Mr husband order special punya. Sebab tu dia nya mee ada ayam goreng.

Kalau yang biasa, takde ape. Mee dan kicap sahaja. Macam mee goreng indo mee tu.. Cane aku tau? Sbb esoknya aku breakfast dengan Mee Kolok.

Sedap!

Wednesday, October 27, 2010

GOODBYE MIRI, TILL WE MEET AGAIN

Balik dari Miri hari Ahad. Rasa lega sangat sebab flight aku pukul 9 pagi dari Miri dibatalkan and they transfered me to flight pukul 2.10 petang.

Dari KK ke Tawau pulak telah di reschedule at 7.30 pm.

Jadi, sempatlah kitorang breakfast and lunch together sampai bercerita dari hati ke hati.

Lepas check in, dia bagitau....

"Nanti bukak FB ye, I ada post video baru.."



So, this is the video : Leaving on a jetplane.





Sedih. Rasa macam tak nak balik.

"Tak nak la balik..."

"Orang dah bagi balik lambat, lagi takmau balik..."

"U ni macam nak suruh I balik je....."


Dia senyum je. Sambil bagi pesanan.

"Nanti, kalau jumpa diorang, hati-hati ye bila bercerita... Jadi pendengar yang baik, bukan pengulas berita..."


I really love the way he advice me. Dia tak cakap direct, tapi berkias. Kalau nak dipendekkan dari apa yang dia kias tu, maksudnya:

JANGAN BERGOSSIP!.

Haha.

For the first time in my life, aku nangis bila nak meninggalkan seseorang. Tak pernah rasa sedih dan sebak macam tu. Air mata tu mengalir tak berhenti-henti bila dah masuk gate. Before tu, tahan je sebab tak nak nangis depan dia. So, aku SMS dia...

"I'll be missing u so much!"


Tau apa dia jawab?

"Istighfar banyak-banyak k...."


Terus aku gelak.

Dia memang tak romantik, tapi kasih sayang dia tu sampai ke hati aku and he never failed to say that he loves me setiap kali dia ada peluang berhubung dengan aku.

Sekarang aku rasa apa?

Sakit jiwa sebab rindu sangat!

Thursday, October 21, 2010

OFF TO MIRI



See u guys. Will update kalau rasa nak berkongsi... Tak dapat nak update terus dari Miri since aku dah terminate my broadband.

Welcome to Miri Teteh.