Showing posts with label english. Show all posts
Showing posts with label english. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

2011 JOB SCOPES

Suasana dalam kelas 6 Arif. Tahun ni tak ramai macam tahun lepas. Walaupun kurang 6 orang je, tetap memberi impact pada P&P. Murid-murid tahun ni dapat dikawal. Setakat ni, aku masih mampu mengesan mereka yang tidak menghantar buku dan tidak membuat kerja rumah. Anak-anak ini masih mendengar kata.

Bertungkus lumus menyiapkan latihan walau banyak alasan. Memang aku beri paksaan kepada mereka ini. Tak mahu ada yang terleka dan tertinggal.


Dalam sesi latihan, aku benarkan juga mereka ni buat study group sendiri. Memang jelas akan ada struktur ayat yang serupa antara satu sama lain. Dah katanya bincang kan? At least, yang tak tahu buat ayat tu, bila dia meniru, lama-lama akan terbiasa dengan struktur ayat yang betul.



Aku masih bersama anak murid UPSR 2011. Tanggungjawab semakin besar. Tahun lepas sekolah aku telah berjaya merangkul kejayaan terutamanya bagi subjek Bahasa Inggeris. Tahun ini perlu melipat gandakan usaha untuk mengekalkan prestasi sekolah.

Target aku dari Februari hingga Mei ini untuk memastikan my students master all tips and technique to answer UPSR paper. Yang penting, they know how to answer. Mana tau ada rezeki aku pindah bulan Jun ni, guru yang akan ambil alih tugas aku tu dah boleh fokus dengan latih tubi.

Macam tahun lepas, aku masih lagi mengajar kelas ELITE. Kelas ni untuk budak-budak target straight A's UPSR. Tahun lepas tak berjaya dapatkan seorang 5A's. But at least, semuanya LULUS and 3 of them manage to get A in English. Itupun sudah menjadi satu kejayaan besar buat aku. Diikutkan sejarah, belum ada lagi murid dari sekolah aku yang berjaya dapat A in English.

Tahun ni aku nak fokus on teaching je. Selesaikan segala amanah walaupun hati sudah tiada di sini. Sebab tu aku jarang cerita hal kerja aku. Terlalu banyak yang menduga hati dan kesabaran.

Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Allah itu lebih besar kuasaNya. Yang penting jangan putus dengan doa kepadaNya.

Wednesday, July 28, 2010

MARI MEMBUAT AYAT ANAK-ANAK KU

Alhamdulillah. Selesai sudah menyemak Ujian Excel Peringkat Negeri Sabah. Ada peningkatan untuk budak-budak ni cuma yang buat kecewanya, student harapan tidak dapat mencapai target yang disasarkan.

Mungkin dia keliru. Atau terlalu yakin. Ramai juga yang bermasalah dan belum boleh menguasai untuk membuat ayat.

Simple sentences pun bercelaru. Jadi, aku telah gunakan teknik "timetables".

Lukis kotak kat depan. Dan bercerita pada diorang tentang gambar tersebut sambil terangkan maksud setiap perkataan.

OBJECT

VERB TO BE

(is/are)

VERB + ING

CONJUNCTION/

PREPOSITION

DESCRIPTION

The boy

Is

The girl

Is

The manager

Is

The cashier

Is

The customers

are

This is what I did to them. Pada aku, sesuai untuk budak-budak yang lemah Bahasa Inggeris. At least, terhasil jugak satu ayat yang dapat difahami kan?

Lepas tu aku panggil sorang-sorang untuk isi table yang aku lukis kat blackboard.

This is Afiq. Alhamdulillah, ada improvement dalam Ujian Excel.

Next is Jayson. Dia ni takde masalah sangat dalam buat ayat sebab dia memang ber
Bahasa Inggeris di rumah. Nama pun Jayson Esquerna kan?

My lovely kids.

So, I guess.. lepas ni tiap kali bagi latihan untuk kertas dua Bahasa Inggeris, kena sediakan table ni jugak ini mereka.

I have to work hard. Really-really work hard. Tu pasal 3 hari dalam seminggu kena kerja macam office hour.

Demi anak bangsa Malaysia, ku harungi juga... InsyaAllah, berkat doa semua.... Sape-sape ada tips, please share... :)

56 hari lagi UPSR 2010.

Tuesday, July 20, 2010

KISAH MURID AKU

Isnin yang blues.

Isnin jugakla aku ada banyak jadual anjal. Masuk 2 kelas untuk 3 masa. Masa memula dulu bosan gak. Tapi dah lama-lama rasa cepat pulak berlalu. Yerla, within that hours, nak kena monitor progress budak-budak ni. UPSR tak berapa hari je lagi.

Dah la lepas raya. Ko agak-agak derang ni buat exercise ke nnt tu?

Jadi, hari Isnin masuk kelas yang konon-konon bijak. Aku cari budak yang aku ambil bukunya minggu lepas. Bukan ape, suka-suka baca buku cerita Melayu waktu Bahasa Inggeris. Aku tatau la apa dosa aku ni sampai budak-budak ni buat aku macam kawan dia je. Nak kata aku tak hormat cikgu masa sekolah rendah dulu takde la pulak. menggatal dengan cikgu ganti ada kot .

"Mana Hafid? Ni teacher nak bagi balik buku dia ni..."

"Haaa... Tak tau teacher.. Hafid marah teacher..."

Ada budak bersuara.

Sentap aku.

Apehal pulak korang nak marah aku? Sedangkan sepatutnya korang la cari aku minta buku tu dan minta maaf kan?

Hangen akak u ols.

"Kenapa orang @#$@%@% tak pandai nak hormat guru? Tak berdisiplin dan kuat menjawab?"

Semua diam. Aku tahu aku dah bangkitkan isu perkauman. Tapi, itu yang aku rasa. Aku tak maksudkan semua but most of them. Tua atau muda, sama je.

Tapi, lepas tu aku cool down. Buat tatau dan meneruskan sesi pengajaran.

Bila time nak check kertas sorang-sorang, budak yang pandai-pandai kata Hafid marah aku tu memaksa-maksa pulak aku check kertas dia. Dia ni mmg masalah sket. Macam mengada-ngada pun ye jugak. Panggil ke depan dan aku pun cakap kat dia before aku tanda dan explain.

"Sebelum teacher tanda dan terangkan kenapa kamu salah, kamu nak ikut kata kamu atau kamu nak dengar cakap teacher?"

Dia diam.

"Sebab tu, walaupun kamu nampak hebat dalam kelas, kamu tak berjaya nak dapat A dalam Bahasa Inggeris. Sebab kamu tak nak dengar nasihat teacher...Ayat kamu tunggang langgang. Tak payah tunjuk hebat konon nak buat ayat bombastic tapi takde maksud..."

Bila aku bagi maksud perkataan Bahasa Inggeris, atau bagi perkataan yang sesuai untuk ayat dia nak buat, boleh pulak dia keluar ayat was-was dengan aku. Pastu mula la dia tulis mengarut-ngarut.

Contohnya : breech.

Aku tanya ape benda? Dia kata seluar panjang. Tulis je la pants atau trousers kan?

Oklah. Malas nak mengumpat anak murid sendiri lagi. Muahahahahahaha!

Tengokla sekeping gambar di bawah ye.

Inilah diorang semua pada hari rabu yang lepas dengan uniform masing-masing.

Akhir kata,
Teacher Teh risau ok!


Tuesday, July 13, 2010

MARI MENDENDA

Ada beberapa perkara membuatkan aku naik darah hari ini. Maklumlah, bila dapat cuti free sehari... pergi je sekolah mulalah banyak perkara bersusun-susun di sekolah tu.

Dengan kegusaran pencapaian akademik budak-budak ni lagi terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Ditambah lagi, masa kelas SBT tadi aku telah mendiscover something yang kurang menyeronokkan. Semak perut aku ni weh!!!

Butterfly is flying in my stomach. Sungguh gembira ia terbang. Haruskah aku bunuh rama-rama itu menggunakan ridsect atau fumakilla?

Tapi, aku nak highlight kan isu yang ini. Tahun 6. Kelas target lulus semua.


Korang nampak cemaner dia tulis hurup M? Nampak tak? Cantik punya dia tarik ekor M dia tu... Inilah boleh menimbulkan kemarahan pada suhu 100 darjah celcius.



Kemarahan aku telah menghasilkan ini. Selamat kembali ke tahun 1 ye wahai adik tahun 6.



Tekun membuat denda sambil dikerumuni oleh rakan-rakan lain. Kesian kena gelak dengan rakan-rakan sekelas. Tapi, dia macam rilek je kena gelak....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Yang ni takde kene mengena. Budak ni yang sendiri suruh aku ambik gambar dia. Dia rasa dia hensem.

Nama dia Jayson Esquerna. Canggih kan nama dia?

Sape-sape nak berkenalan, sila private message cikgu dia ye?

Friday, July 2, 2010

5 DINAMIK

Dah 3 bulan aku masuk kelas 5 Dinamik. Kelas terakhir untuk tahun 5. Most of them kategori pemulihan atau mungkin ada yang pendidikan khas. Sukar juga nak mengawal karenah budak-budak ni. Nasib la cuma ada 21 org yang tak semua akan hadir.

Masalah utama ialah komunikasi. Sukar mendengar arahan dan ada yang terlalu aktif. Ada juga yang tak faham Bahasa Malaysia yang aku sebut apatah lagi Bahasa Inggeris. Ada juga yang bercakap bahasa ibunda mereka dengan aku. Pening gak.

Kelmarin, tak tau nak buat apa sebab mereka ni tak boleh diajar ikut silibus yang ditetapkan. Jadi teringat pernah ajar diorang pasal food, classroom, shapes and colors. Jadi saya gabungkan semua dalam satu latihan.

This is a ball. It is round. It is blue.

This is a cake. It is triangle. It is chocolate.

Alhamdulillah, mereka bole ikut dan baca. Tapi keliru antara This dan It is. Takpe, kalau diorang dah boleh ingat dan hafal cemane nak baca pon dah kira ok.

Lebih menggembirakan, they really had fun with this exercise.

:)