Monday, October 27, 2014

SENTAP KE MAK NIH NOK?

Tetiba rasa nak buat luahan hati yang sekian lama terpendam. Mungkin sebab action dan emosi nya takleh nak ditayang lelebih. Kena cover line. Nak jaga hati suami katanya.

Kisahnya tentang besfren suami.

Sebab besfren tu yang malas nak emo sebab suami I ni kalau bab kawan memang nombor 1.

Kisah yang pertama.

Masa tu I baru bersalin. Diorg datang melawat. I bersalin anak pertama ye. Takde pengalaman langsung. Dan husband I agak expert tentang pengurusan bayi ni. So, I memang manja. Semuanya serah kat dia.

Masa diorang datang tu, kebetulan Humaira nak menyusu. I masuk bilik susukan. Sudah menyusu, I dah pening nak bedungkan budak tu macammana. So, I panggil dia tak dengar. So, I wassap ke sms ntah one of my friend minta bgtau my husband masuk bilik.

Few days later, dalam group wassaps.

"Ko tau tak... Teh tu nak bedung anak pun suruh laki dia..."

Ok. Fine. Mak pike positif la sambil rasa bersyukur. Beruntungnya mak dapat laki yang sentiasa ada dan rajin tolong uruskan anak.

Tau je la mak ni jenis ranggi. Tangan keras. Hikhik.

Kisah kedua dengan orang yang sama.

Kitorang gi bercuti hr tu beramai2. So dicadangkan membuat BBQ di tepi pantai. Jadi, kat peti sejuk mak tu penuh dengan daging korban. Mak cadangkan dengan suami mak kita sediakan daging marinate lah. Suami mak setuju.

Boleh pulak kawan suami mak tu sound macam ni.

"Teh, ko pastikan daging tu lembut ok. Jangan keras pulak".

Excuse Me! Tolonglah dan tolonglah. Kalau ko hebat sangat ko buatlah. Setakat ready udang sotong yang takyah marinate tu bolehlah cakap.

Mak memang suka ngaku tak reti masak sebab mak takda masa la nak masak-masak bagi orang makan ni. Korang kalau ada anak kecik pun ingat korang rajin sangat ke nak masak-masak ni? Dahla anak mak jenis nak melekat je.

Kisah ketiga dengan si dia yang sama.

Sampai kat sana masing-masing masuk bilik memasing. Bilik diorang jadi portlah. So mak tumpang2 la sekaki.

Lepas tu kan, setakat pergi tempat macam tu. Ko nak harapkan mak pakai bikini ke? Ko nak harapkan mak pakai gaun ropol2 ke? Ko nak suruh mak pakai ape sebenarnya?

Mak memang main sauk je la tudung baju ape yang ada. Sebab you are not going anywhere pun. Duduk kat resort tu je kot.

Tetiba kawan suami mak ni sound la mak pasal penampilan. Jangan pikir anak je, pikir diri sendiri juga. Konon dia nak cakap, dia apepe pikir diri dia jugak. Mak rasa annoying sangat ok. Dia feeling dia diva ratu segala bagai ke? Dia tak tau mak ni punya ramai peminat. Pakkal mak ni bini orang, mak orang je...

Lagipun, kenapalah nak kena pakai baju ketat tayang sana sini. Tak sesuai ok. Lagipun mak segan nak tayang perut boroi berlapis2 ni. Ko yang tak rasa segan tu tak yah la nak ajak mak join bersama. Mak ngaku mak teringin kekadang. Tapi ada batasnya.

Alhamdulillah mak ada suami yang ambil berat.

Ok dah habis meroyan.

Till we meet again.

Humaira dah 10 bulan sengah.

Dah pandai macam-macam. Mak pening kepala.

Bye.

1 comment:

Dark @ng3L said...

ko kluarkan dress merah sekaranggggggggggggggggggggg..pakai lalu lalang sambil tarik beg AF..