Wednesday, October 29, 2014

ON HUMAIRA PROGRESS

Amboi. Baru teringat nak tulis progress anak kan?

Selama ni tak pernah ter jot down pun. Teruja hati sendiri-sendiri je.

Humaira is one active baby.

Dah merangkak, boleh bangun dan duduk, dah bertatih, dah boleh berdiri tanpa bantuan for few second, dah pandai tepuk tangan, lambai-lambai to say bye bye, faham perkataan "Ok, bye Humaira".. ni taktik kalau dia takmo dengar cakap... nnt dia mesti berhenti dari apa dia buat tu and kejar kita, dah pandai main sembunyi-sembunyi, suka bergurau dan diguraukan dan mulut tak berhenti berceloteh.

Kitorang ada beli satu basikal roda tiga untuk humaira. Dia taklah rupa basikal, ada muka singa kat depan, berbunyi dan boleh ubah alih sebagai basikal roda tiga atau alat bantu Humaira bertatih.

Masa memula beli dia tak suka nak duduk atas tu. Dia lagi suka posisi menyorong. Kalau dudukkan dia mesti bangun, berdiri dan tolak benda tu. So, its a bit frustrated for us jugak la. Nak dekat RM200 jugak harganya. Such a big investment for her.

Tapi semalam, amazingly dia dah nak duduk atas tu sambil aku yang sorong dia dr belakang. Memang dia seronok habis sampai tolak tolak badan ke depan bila basikal tu berhenti. Mak ko ni gemok nak. Semput. Kena take 5 kejap amek napas. Haha.

Sangat seronok and rasa tak sabar nak balik and main dgn Humaira.

Semalam jugak dah perasan yang Humaira dah pandai bagi barang kat tangan dan ambil balik dan letak barang tu dalam bakul. Kalau sebelum ni, dia bagi tapi tak lepas. But this time, dia lepas... tp ambil balik and letak dalam bakul. Kalau minggu lepas, dia dah pandai bukak tutup tin minyak yuyi. Main sampai tak sedar aku dok kuar masuk bilik. Leka sungguh.

Dalam 14 hari lagi Humaira dah 11 bulan. Sekejap sungguh masa berlalu dan cepat sungguh Humaira membesar. Dia dah faham macam-macam.

Yang penting, kalau ummi dia hilang. Mesti dia cari punya. Hihi.

Tuesday, October 28, 2014

HUMAIRA FIRST FLIGHT

Dah nak basi dah post ni. Raya hindu pun dah lepaih. Tergendala sebab kerja bertimpa. Puncanya ajar year 6 je pun. Tapi bukan sebab susah ajar upsr ni.... cuma sebab jadual waktu I yg pack sgt tu.

Masa ni Humaira around 7 months +. Time raya puasa. Balik Kedah.

Kerlas kau mak temah. Belum setahun dah naik flight. Makpak ko ni dulu sebab kena paksarela anto Sabah Sarawak br merasa.

Tapi abah ko up sikit la. Dia awal-awal muda belia dah pi umrah.


Syok je dia atas flight. Ni satgi ni terbongkang lena. Senang hati ummi dia. Kalau dlm kereta jgn harap nk bertenang.


One happpy family at home.



Ummi and Humaira. Masa ni ummi kurus sikit. Maklumlah, baru lepas puasa sebulan.


Apelah abah aku buat tuh?


Humaira!


Abah and Humaira masa tunggu connecting flight. Kita minum dulu!~


One happy baby!


Sangat behave di dalam flight


Tunggu abah selesai solat sementara tunggu next flight.
Ni masa on the way dr Alor Setar to JB.

Bila Humaira dah besar nanti. Kalau Humaira terjumpa blog ummi. Ini bukti ok. Ummi dah bawak Humaira naik flight. And you still get the opportunity ok sayang?

Dont worry, abah and ummi will give the best for you and your siblings. InsyaAllah.

Monday, October 27, 2014

SENTAP KE MAK NIH NOK?

Tetiba rasa nak buat luahan hati yang sekian lama terpendam. Mungkin sebab action dan emosi nya takleh nak ditayang lelebih. Kena cover line. Nak jaga hati suami katanya.

Kisahnya tentang besfren suami.

Sebab besfren tu yang malas nak emo sebab suami I ni kalau bab kawan memang nombor 1.

Kisah yang pertama.

Masa tu I baru bersalin. Diorg datang melawat. I bersalin anak pertama ye. Takde pengalaman langsung. Dan husband I agak expert tentang pengurusan bayi ni. So, I memang manja. Semuanya serah kat dia.

Masa diorang datang tu, kebetulan Humaira nak menyusu. I masuk bilik susukan. Sudah menyusu, I dah pening nak bedungkan budak tu macammana. So, I panggil dia tak dengar. So, I wassap ke sms ntah one of my friend minta bgtau my husband masuk bilik.

Few days later, dalam group wassaps.

"Ko tau tak... Teh tu nak bedung anak pun suruh laki dia..."

Ok. Fine. Mak pike positif la sambil rasa bersyukur. Beruntungnya mak dapat laki yang sentiasa ada dan rajin tolong uruskan anak.

Tau je la mak ni jenis ranggi. Tangan keras. Hikhik.

Kisah kedua dengan orang yang sama.

Kitorang gi bercuti hr tu beramai2. So dicadangkan membuat BBQ di tepi pantai. Jadi, kat peti sejuk mak tu penuh dengan daging korban. Mak cadangkan dengan suami mak kita sediakan daging marinate lah. Suami mak setuju.

Boleh pulak kawan suami mak tu sound macam ni.

"Teh, ko pastikan daging tu lembut ok. Jangan keras pulak".

Excuse Me! Tolonglah dan tolonglah. Kalau ko hebat sangat ko buatlah. Setakat ready udang sotong yang takyah marinate tu bolehlah cakap.

Mak memang suka ngaku tak reti masak sebab mak takda masa la nak masak-masak bagi orang makan ni. Korang kalau ada anak kecik pun ingat korang rajin sangat ke nak masak-masak ni? Dahla anak mak jenis nak melekat je.

Kisah ketiga dengan si dia yang sama.

Sampai kat sana masing-masing masuk bilik memasing. Bilik diorang jadi portlah. So mak tumpang2 la sekaki.

Lepas tu kan, setakat pergi tempat macam tu. Ko nak harapkan mak pakai bikini ke? Ko nak harapkan mak pakai gaun ropol2 ke? Ko nak suruh mak pakai ape sebenarnya?

Mak memang main sauk je la tudung baju ape yang ada. Sebab you are not going anywhere pun. Duduk kat resort tu je kot.

Tetiba kawan suami mak ni sound la mak pasal penampilan. Jangan pikir anak je, pikir diri sendiri juga. Konon dia nak cakap, dia apepe pikir diri dia jugak. Mak rasa annoying sangat ok. Dia feeling dia diva ratu segala bagai ke? Dia tak tau mak ni punya ramai peminat. Pakkal mak ni bini orang, mak orang je...

Lagipun, kenapalah nak kena pakai baju ketat tayang sana sini. Tak sesuai ok. Lagipun mak segan nak tayang perut boroi berlapis2 ni. Ko yang tak rasa segan tu tak yah la nak ajak mak join bersama. Mak ngaku mak teringin kekadang. Tapi ada batasnya.

Alhamdulillah mak ada suami yang ambil berat.

Ok dah habis meroyan.

Till we meet again.

Humaira dah 10 bulan sengah.

Dah pandai macam-macam. Mak pening kepala.

Bye.