Tuesday, January 28, 2014

48 DAYS

How does Humaira looks at day 48?

Nahh!!!


Lama tak update blog. Busy jaga baby. Masih belajar pengurusan masa dan adapt dengan keadaan. Maklumlah pantang sendiri. So, everything kena buat from scratch. Try and error. Survival gila rasanya. Sampailah produk yang terhasil seperti gambar di atas.

Humaira fully breastfeed. Tu pun penuh drama airmata. Perjalanan breastfeed akan diceritakan kemudian.

Jaga Humaira tak susah. She's an easy baby. Menangis bila lapar je. Sebab tu once she fall sick (ni akan diceritakan kemudian walaupun tak suka nak ingat balik tp as memori dan lesson untuk ibu dan bakal ibu yang baca blog ni), me and husband tak dapat nak tau. Husband aku tu memangla, semuanya dia cakap takde apepe. Huhu. Bila dia rasa nak tido, letak je nanti dia akan tertido sendiri. Tapi kalau kena paksa tido, komfemlah kena dodoi.

Humaira ni kelakar jugak orangnya. Ke semua baby macam tu? Kelam kabut pulak tu. Tapi bila dia kelam kabut tu ada pelbagai kemungkinan. Dia tak selesa. Dia marah. Dia lapar. Dia protes. Dalam usia tak sampai sebulan lagi dah pandai nak protes taknak pakai selimut. Kaki menendang nendang sampai selimut terlepas dari kaki dia. Dah pandai jugak mintak apa yang dia nak. Kalau aku tengah burpkan dia tapi sebenarnya dia tak puas, automatik dia akan jatuhkan badan dia supaya kepala betul2 kat breast. Masa tu geram pun ada, cuba kalau aku ni jenis tak kuat ke tengah leka ke... Bahaya betul.

She's an active baby. Kaki tangan bergerak sentiasa tak tentu arah. Kalau mandi tu, aku selalu berdirikan dia dalam bath tub sambil tunggu dia sendiri yang ready nak duduk. Dengan muka terpinga-pinga tu, duduk la dia sendiri sambil tengok aku sabun dan bilaskan dia. Bila angkat marah...... pastu komfem nak kena upah susu. Atau adakah ini trick?

Satu la benda yang kitorang tak faham tentang baby Humaira. Kenapa kena meraung tiap kali pakai baju bila lepas mandi? Meraung sampai merah muka dengan pakej menjerit sekali. Tak dapat nak imagine kalau dah besar nanti camne la dia protes. Yang tu komfem bukan ikut aku. Kalau yang panas-panas teramat tu ikut abah dia. Haha.

Sebab taknak pening kepala, I assume dia marah sebab tak puas mandi. Titik

Thursday, January 23, 2014

SWEETHEART

Kisah kelahiran anakanda Humaira.

Kalau ikut doktor, aku sepatutnya bersalin 9/12/2013. FB friends aku tau la kot camne meroyannya aku nak bersalin cepat-cepat. Bila dah sampai tarikh pun tak bersalin lagi, bertambah-tambah sawan aku.

Aku ni nak bersalin awal bukan sebab apa. Sebab dah tak tahan menanggung bengkak kaki dan tangan yang menjadi-jadi. Nak kena review kat klinik lagi sbb bengkak kaki dan tangan ni tanda-tanda yang tidak baik sebagai ibu mengandung.

Sehinggalah pada hari yang telah tiba....

10/12/13

Aku dah resah gelisah sebab takda tanda-tanda nak bersalin. Orang suruh buat selusuh dengan husband sebagai petua. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Husband aku pun risau kalau buat disaat-saat akhir ni. Sampailah petangnya aku berbual dengan mertua pasal akar kacip fatimah. Dia kata dia ada. Teruja la aku nak cuba.

Petang tu aku rendam kacip fatimah. Tak lama lepas tu terus kembang.

"Mak, sekejap je dah kembang. Ntah-ntah kita dah nak bersalin tak?"

Mak mertua aku senyum je melayan karenah aku.

11/12/13

Malam tu aku mimpi yang aku tak ingat. Tapi aku dengar suara cakap, " Teh, dah nak bersalin dah". Terus aku terjaga. Mistik kan? Haha. Masa tu perut memulas-mulas macam nak berry. Masuk kuar tandas takda apa yang keluar. Sampailah aku perasan opss ada darah masa tengok dalam toilet bowl tu.

Teruja sangat masa tu tapi tetap mundar mandir dalam rumah. Kejap masuk bilik air. Kejap masuk bilik tidur. Nak baring tak lena dah. Berdiri, berjalan je keje aku dalam rumah pukul 4 pagi tu. Masuk toilet lagi, tetap ada blood spot.

Bila mak mertua aku tengok aku ni macam orang resah je, of kos la dia tanya aku kenapa. Aku bgtaula yang aku rasa aku dah nak beranak. Dia suh bagitau anak dia.

"You, gi hospital jom. I rasa I nak beranak la... Nak gi sekarang ke lepas Subuh?"

"Lepas Subuh laa..."

Aku tetap mundar mandir dalam bilik tidur tu. Maklumla, bilik luas terlampau....

"Dah pecah air ketuban ke?"

Opocot! terkejut mak yang tengah tak keruan ni tau.

"Bukanlah... ada darah kuar ni..."

Tup tup sambung tidur. Panik pun tak. Bosan betul laki I ni. Takde drama langsung.

Lepas solat Subuh, sarapan apa yang patut termasuk 2 biji telur setengah masak, maka bergeraklah kami berdua ke Hospital Kluang yang mengambil masa hampir sejam dari Kulai.

Sampai je hospital, nurse pelatih yang check tu letak CTG ape bagai. Contraction adalah mild tapi baby aktif. Bila doktor sampai, rasa lega sebab doktor perempuan.... seluk punya seluk. (tak sakit macam yang orang lain cerita)

"Ok. Dah 4cm. Boleh admit."

Terkejut. Contraction mild tapi dah 4 cm? Kuar kejap, salam husband peluk cium segala bagai, terus serah diri. Diorg serahkan wheelchair untuk masuk ke labour room. I request to walk. Tapi polisi diorg tak bagi. Sedikit frust di situ sebab aku rasa lagi tak selesa kalau duduk.

Dalam labour room aku kena ikat dgn CTG. Tak boleh move dari katil. Niat nak exercise sebelum beranak terpaksa dilupakan. Tak terfikir langsung nak duduk ke apa.

Admit at 8.45 am. Kuar masuk la nurse check itu ini termasuk doktor pelatih lelaki. Tapi diorg tak buat apepe. Cuma baca CTG. Sempat juga berSMS dengan ummi dan kawan-kawan tentang kondisi aku. SMS husband juga bagitau keadaan camne. At 11 doktor datang check lagi.

"Ok dah 7 cm. Saya pecahkan air ketuban ye?"

"Kena ke doktor? Tak boleh bagi dia pecah sendiri?"

"Nak bagi cepat sikit.." sambil seluk-seluk.

Tetiba, dah pun dipecahkan air ketuban. Masuk tiub kencing untuk kuarkan air kencing yang bertakung dalam pundi kencing. Yang ni ada rasa sakit sampai ke hari ini. Huhu.

Maka bermulalah kesakitan. Pukul 11 dah rasa takleh tahan dah. Aku minta nurse2 tu suruh doktor check bukaan. Tapi diorg ni sukati je cakap..

"Awak anak first kan? Lambat lagi. Doktor kata pukul 3.30 ptg."

4 jam lagi nak menunggu? Orang ulang alik tgk CTG. Contraction mmg slow tapi bukaan amat cepat. Aku terdengar ada doktor cakap..

"Ermm.. contraction mild je ni.. tapi takpela... as long as baby active..."

Masa sakit tu, nurse pelatih pun aku suruh urut-urut. Sampailah nak dekat pukul 2 petang diorg dah nak balik. Aku rasa diorg yang bagitau doktor yang aku ni dah tak tertahan dah.

At 2pm dalam keadaan aku dah mamai sbb tak tahan sangat... (aku tak ambil apa2 drugs). Doktor datang seluk...

"Ok. Dah 10cm. Boleh bersalin.."

Maka bermulalah peperangan. Tenaga aku dah semakin low sebab menahan sakit tadi. Cara teran dah betul, tapi tenaga tak cukup kuat. Kepala baby kuar masuk kuar masuk sampai akhirnya jantung baby dah slow.. Nurse dah tekan-tekan perut aku supaya baby tak naik balik ..doktor terus gunting dan tarik baby keluar. . On the spot baby berak dan aku tak sempat pun skin to skin with baby sebab perlu dibersihkan.

Husband pun tak sempat tengok aku bersalin sebab keadaan yang tak mengizinkan. Yang tu aku rasa tak perlu la cerita. Hospital Kluang punya polisi, kalau ada masalah, dia tak panggil husband masuk. Nanti effect kat emosi husband lak.

Alhamdulillah...

Humaira selamat lahir ke dunia...


11/12/13  - 2.36ptg - 3.49kg

Syukur. Harta Allah paling bernilai.