Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

RESIPI : RENDANG UMMI

Hari ni aku nak share resipi rendang dari ummi aku. Ni la rendang yang aku selalu molah setiap kali hari raya. Cuma hari raya 2011 je tak terbuat rendang ini kerana tak sempat nak masak pun. Hari-hari husband ajak kuar. Hahaha.

Tapi takpe, bapa mertua I pandai masak. Juadah hari raya kami ialah nasi tomato. Memang maveles.

Alasan sangat kan?

Bahan-bahan:

1. Daging sekilo.
2. Santan sekilo setengah.
3. Bawang merah .
4. Bawang putih.
5. Halia sebesar ibu jari.

Bahan 3,4 dan 5 dikisar bersama.

6. Cili kering yang dikisar ikut sedap rasa. (Nak pedas letak lebih ye)
7. Kulit kayu manis sebatang.
8. Lengkuas 1cm (tak payah pun takpe)
9. Serai.
10.Daun kunyit.
11.Kerisik.
12.Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:

1. Tumiskan bahaan yang dikisar bersama kulit kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering yang dikisar. Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan serai dan daun kunyit.
4. Masukkan daging dan digaulkan rata.
5. Bila dah mendidih, masukkan santan sedikit demi sedikit.
6. Masak semua bahan tersebut sehingga kering dan daging empuk.
7. Apabila hampir kering, masukkan kerisik.
8. Gaul rata sehingga anda rasa yakin untuk dimakan.

Garam dan gula dimasukkan ikut kesesuaian citarasa anda.


Saturday, April 30, 2011

RESIPI : NEW OBSESSION

Motif letak nama resipi "New Obsession"?

Kira omputeh habis la nih?

Padahal............. SAMBAL JAWA!

Mementang kahwin dengan jawa, selera pon sudah tukar ke?

Dulu, sebelum kitorang sah jadi suami isteri. Mrhusband pernah cakap. Hari-hari masakkan dia sambal tempe, tahu campor suhun pun dah cukup. Tak payah masak nasi pun takpe. Dia boleh makan benda tu hari-hari tanpa jemu.

Aku mula-mula pelik juga. Sambal tempe dengan tahu tu biasa aku makan. Tapi, suhun? Pelik ni. Salu kitorang makan suhun bila dibuat masakk lemak putih je......

Google punya google, tetap takut nak try. Takut tak jadi. Sampailah aku ditest memasak sambal jawa ini masa kenduri aqiqah anak buah sebelah husband hari tu.

Berpeluh babe!!! Nasib baik menjadi la jugak. Konfiden je yang takde. Kikikiki.

So, inilah resipinya.

1.Tempe dan tahu digoreng garing.
2.Cili kering, bawang merah dan bawang putih diblend.
3.Suhun direndam sampai kembang.
4.Sedikit ikan bilis sebagai perasa.
5.Sos tiram.
6.Kicap.

Cara-caranya:

1.Tumis cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan putih.
(yang suka pedas boleh letak lebih atau tambah cili padi)
2. Bila sudah naik minyak, tandanya cili sudah masak.
3. Masukkan sos tiram secukup rasa.
4. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
5. Masukkan tempe dan tahu yang telah di goreng garing.
6. Masukkan suhun yang telah kembang.
7. Gaul rata.
8. Tambahkan kicap sehingga kegelapan warnanya mengikut citarasa anda.
9. Siap untuk dihidang.


Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi.

Sunday, February 6, 2011

RESIPI : PUDING ROTI KUKUS PEANUT BUTTER AND COKLAT

Tetiba lak feeling-feeling nak share resipi. Macam la pandai masak sangat kan? Hahaha. Inilah keje aku dengan Nik kat rumah sejak mula cuti CNY. Dah takde ape keje nak buat. Masak, makan, masak, makan. Masa mertua datang lagik la. Mana boleh miss memasak kan.

So, hari Ahad yang gemilang ni, akak pun feeling2 diva masterchef nak share resipi yang super senang nih.

Sebenarnya, akak hentam keromo je u ols. Janji dapat melaksanakan keinginan nak makan puding roti. Ni adalah acuan untuk makan dua orang je ek. Saiz mangkuk orang makan cereal tu je.

Dipersembahkan.....

PUDING ROTI KUKUS PEANUT BUTTER AND COKLAT

Bahan-bahannya:

Roti 3 keping.
Susu pekat dua sudu.
Susu segar secawan.
Telur sebiji.
Peanut butter and coklat brand lady's choice.

Dalam resipi ni, akak tak letak gula ye u ols. We ols tak makan manis. Nanti kencing manis sape susah? Senyum manis takperrrrrrrrrrrrrr......

Cara memasak.

Sementara korang sediakan bahan ni, panas kan periuk kukus berisi air dulu ye. Supaya takde la korang ternanti-nanti dia nak mendidih nanti.

1. Pukul telor hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat.
3. Masukkan susu cair.
4. Kacau hingga sebati.
5. Sapukan peanut butter and coklat kat setiap keping roti.
6. Potong roti kecik-kecik dan susun ke dalam mangkuk.
7. Tuangkan campuran telor, susu pekat dan susu cair ke dalam mangkuk.
8. Kukuskan dalam 20 minit.

Sebagai hiasan dan untuk kesihatan, akak taburkan oat. Pastu, kalau nak ada feeling2 vanilla, letak la sekali esen vanilla sket masak buat campuran telur dan susu tu.

Cemane nak tau dah masak ke belom?

Cucuk la dengan garpu. Kalau tak melekat, dah masak le tu.

Inilah rupa dia, puding roti kukus peanut butter cokelat. Ngeri tak rupa dia? Feeling-feeling lagi nak share resipi gitu...........


Ini pula setelah dipotong kecik-kecik. Lagi enak di makan bersama susu cair. Lemak berkrim gitu....

Tapi, sebenarnya susu cair atau kuah puding ni kena dimasak juga dengan tepung kastad. Tapi akak malaslah. Makan gitu pun sedap!!~