Showing posts with label premium beautiful. Show all posts
Showing posts with label premium beautiful. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

#6 : PREMIUM BEAUTIFUL

Dah lama tak update pasal premium beautiful kan?

Ni kes dah dua minggu tak pakai la ni. First week sebab cuti sekolah, jadi malas nak pakai bila dengan suami sebab kami ni macam biasa la. Aktiviti nak makan segala apa yang takde kat tempat kitorang keje ni adalah aktiviti utama.

Mana taknya, sampai-sampai je kat Bandar Miri, masing-masing dan mentekedarah 3 ketul kek secret recipes. Mrhusband lak belasah lamb shank, aku lak amek lamb pie jee... Diet la konon. Padahal touch down je Airport Miri, aku dah belasah segala jenis makanan yang ada kat Starbuck.

Second week, sebab risau kalau-kalaulah "termelekat". Tapi, belum ada rezeki lagi setakat ini.

Bak kata mrhusband, baru berapa bulan nikah? Baru berapa kali.... ? Hahaha.. 18SX pls.

Eh, ni dah keluar topik.

Pagi tadi first day pakai PB lepas berehat selama dua minggu.

Kesannya?

Aku kentot tanpa henti sampai tak sempat-sempat.

Nampak sangat badan ni banyak angin kus kus kan?.

Bukak je PB, ringannya badan ni. Macam nak melayang. Tapi harus diingat? Ringan tak bererti kurus... Hehehe. Belum kurus lagi atau dengan kata lain,

"Aku masih montok."

Wakakakakaakakak!

Dahla. Gi buat keje.

Saturday, February 26, 2011

#5 : PREMIUM BEAUFITUL

Update on PB!

Suka! Semalam aku pakai baju kurung yang aku jarang nak pakai.

Sebabnya, ketat kat hips. Yela, I kan berpunggung lebar. Pastu, kat pinggang pun tak berapa nak selesa sebab macam senak dan sengkak nanti.

Yang menggembirakan aku ialah bila aku pakai semalam masa gi sekolah without PB (saja malas nak pakai semalam... hehehe, jgn mare Syana), terkejutnya aku..... sangat-sangat selesa ok kain baju tu especially kat hips. Siap longgar lagi. Kat pinggang pun dah kurang ketatnya.

Suka sangat-sangat.

Isnin ni nak try pakai baju kurung yang aku dah bungkus awal tahun hr tu.
Sebabnya, aku rasa macam takde harapan nak mengurus balik. :D

Terus bertambah-tambah tak sabar nak jumpa mr husband. Nak tunjuk I dah kurus ok! Hehehehe. Kitorang memang tengah fight sapa yang kurus dulu masa dok berjauhan ni. Masing-masing sibuk nak berdiet. Mr husband mungkin boleh cepat kurus sebab dia rajin bersukan. Mana taknya, di paksa-paksanya aku main badminton petang-petang. Bila aku dah penat main badminton, aku lepak sambung makan kuih rumah jiran mertua, tapi dia sambung tawaf satu rumah naik basikal.

So, tak mustahil dia akan buat kat dalam hutan tu kan? Melayan anak-anak murid bersukan petang-petang.

That's my husband bila dia rasa dia makan banyak dia akan bersukan atau kerjakan kebun-kebun keliling rumah mak dia. So not me.

Gambar pengecilan yang berlaku?

Sorry sangat-sangat. Tak ambik gambar. Tak mengukur.

Sebenarnya, aku tak la meletakkan harapan sangat. Tu pasal tak ambil berat hal2 mengukur walau di pesan oleh coach PB aku ni. Takut kecewa badan tak sesuai dengan PB, maka tak berjaya kurus. And I keep on telling to myself, I wear PB for my health. Kalau dapat kurus adalah BONUS.

Tapi sebaliknya telah berlaku.

PB really works!

Walaupun aku makan banyak tapi berjaya juga mengurangkan inci badan.

Anda bila lagi?

Kalau berminat, sila contact atau pergi ke blog di bawah.


Monday, February 21, 2011

#4 : PREMIUM BEAUTIFUL

Another thing yang I notice pasal I ialah....

I dah tak sakit lutut ok!!!

Ni apehal tetiba ber ai ai pulak ni? Motiffff????

Untuk pengetahuan semua,

Aku mengalami sakit lutut yang agak musykil since last year. Sebelum aku kawen lagik. Lutut aku ni tak boleh duduk dan berdiri lama-lama. Lepas tu, mesti bisa. Lagi satu, bila nak sujud masa solat tu, MasyaAllah..... sakitnya tak terperi. Lagi-lagi kalau lutut tu terpaksa berlaga dengan simen.

Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Serius rasa macam dah tua bila sakit lutut menyerang.

Before majlis pernikahan pun aku dah risau-risau sebenarnya. Sebab, mesti susah gila nak pakai heels 5 inci aku tu. Hahaha.. tau sakit kaki beli lagi heels 5 inci. *exaggerate je 5 inci tu.. tp mmg tinggi la... Siap pesan kat mr husband, jgn jalan laju-laju masa berarak. Nanti lutut aku tak stabil.

Kesian kan? Belum 30 dah sakit lutut.

Awal tahun ni pun bisa-bisa masih ada. Kadang-kadang urut gak la sapu minyak panas. Kalau minum air sejuk, lagik la best ke"bisa"annya itu....

Untuk testimonial PB kali ini,

Skang aku dah tak sakit lutut lagik. Aku picit-picit bahagian lutut yang salu sakit tu, dah hilang bisa dia. Sebelum ni, sentuh je bahagian tu, komfem sakit. Dia rasa macam sakit lebam gitu....

Alhamdulillah... walaupun PB bukan di pakai sampai lutut, ia mampu melegakan sakiit tulang temulang aku ini.... Mungkin berkaitan dengan tulang belakang dan postur badan jugak... Mungkin juga lutut aku ni takleh nak tampung berat badan aku yang tak balance... Suka sangat kan berdiri senget-sengetkan badan.....

Sekali bila pakai PB.... jalan tegak. Kalah askar berkawad di padang stadium. Hahaha. Ok, ni pun exaggerate....

Selesa je pakai PB ni.....like normal rasanya.

Oklah. Macam biasa.

Nak beli PB dengan harga yang berpatutan?

Silalah melawat of being beautiful

Tengah promosi tu. Cepat-cepat sebelum terlambat.

Sunday, February 20, 2011

#3 : PREMIUM BEAUTIFUL

Dah lama tak cite pasal testimonial PB kan?

Honestly, adalah aku mengelat juga. Tp pakai jugak la hari-hari. Cuma jam yang adakalanya tak cukup.

Adakalanya aku pakai girdle dengan waist nipper je. Long bra aku takmo pakai. Sebabnya, bila gi sekolah, ada benda terjojol.... Kikikikiki.

Malam tadi aku pakai masa tengah tido.

So far, perubahan yang aku rasa,

1. Waist nipper dah cangkuk kedua. Maksudnya boleh pakai. Masa memula waist nipper tu sampai kat aku, nak cangkuk pertama pun punya seksa. Skang ni, seksaan tu telah berlalu dari cangkuk pertama, tp telah pergi ke cangkuk kedua.

Walaubagaimanapun, tetap pakai cangkuk pertama lagi sebab nak freedom. Boleh gitu?

Kesimpulannya, aku dah kurus sket la kan? Sebab dah boleh pakai cangkuk pertama dengan senang lenang walaupun makan sesuka hati.

Berat? Jangan tanya. Sebab tak timbang lagi.

Inci? Tak ukur lagi. Biar banyak2 kurang, baru aku ukur. Boleh gitu?

2. Discharge getting better. Dah kurang dan tak banyak macam memula pakai PB. Rasa segar je.....

3. Posture badan pun semakin baik. Aku ni jenis suka membongkok tau. Tapi sejak pakai PB, even dah bukak PB pun badan ni automaticly akan nak tegak dengan sendiri. Ini adalah sangat bagus untuk tulang belakang aku.

4. Testimonial untuk period flow. Aku belum period lagi sejak pakai PB. Akan direview once aku dah period. Eh? Kenapa tak period lagik ni? Hahahah. Tidak! Tidak! Jangan buat spekulasi sebab belum lagi membuat "usaha" ke arah itu u ols. *blushing. Bulan tiga nanti... bulan tiga... (hihihi)

5. Ada lagi satu yg aku pelik. Aku dah 2 weeks batuk-batuk berkahak. Miraclenya, tak selsema. Selalunya kalau aku batuk berkahak, komfem aku akan selsema. Kira one package la. Pastu borak-borak dengan akak satu sekolah yang juga memakai PB. Dia kata, maybe aku tengah dalam healing process.

Dulu aku memang selalu deman, batuk dan selsema. Hidung berair 24 jam tu pun satu perkara biasa. Lagi-lagi masa zaman sekolah. Aku takde asma. So, I assume mungkin ini adalah satu tindakbalas FIR dalam PB ni utk memulihkan kesihatan aku.

6. Sakit kepala dan letih-letih dah berkurang. Dulu kalau letih dan ngantuk salu susah nak tido. Skang ni, kalau dah letih dan ngantuk tu komfem tertido terus. Tak payah nak dodoi-dodoikan diri sendiri.

7. Lagi satu yang aku pelik, APESAL AKU MAKAN MAKIN BANYAK SEJAK PAKAI PB ni??? Why? Why? And Why????????????????

Ok tu je.

Nak beli PB dengan harga yang berpatutan?

Sila lawat website ni of being beautiful

Tengah promosi tu. Cepat-cepat sebelum terlambat.

Sunday, February 13, 2011

#2 : PREMIUM BEAUTIFUL

I was mengelat from wearing PB on Friday. I only wear their girdle to school. Haha!

Sebabnya, malam tu aku tido rumah Rosminah kat Kem. Start from this week, aku mengajar kat dalam Kem tu iaitu sebanyak dua kali seminggu. Since aku ni beginner, malu la nak minta bantuan rakan-rakan pakaikan PB tu.

Tapi, pagi Sabtu aku usahakan pakai sendiri memandangkan Nik masih lagi enak dibuai mimpi. Alhamdulillah... Berjaya! Tetapi... ada tetapi lagi ni. I wear only for 6 hours bila aku rasa tersangat tak tahan paha aku dok menggatal.

Kalau orang lain pakai PB katanya bila makan akan terhad, tidak pada diriku ini. Aku makan dengan banyak dan gembira sekali. Tetiba terfikir, mampukah mendapat figure mantopppp????

Lain-lain perubahan. Kita tunggu awal bulan March nanti ye? Akan ku check ukuran inci dan juga berat yang tinggal.

Fuh! Fuh!

Harap-harap berkesan.

Thursday, February 10, 2011

#1 : PREMIUM BEAUTIFUL

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


I bought this precious. Syyyyyyyyy... dont tell my husband because this is a secret. Konon nak buat seprais bila jumpa this coming March.

Ehem! Ehem!

Hari ni hari pertama aku memakai PB. Seksa gak nak pakai, tapi lepas dah terletak di badan, rasanya tersangatla selesa.

Rasa best sebab postur badan rasa tegak walaupun sakit belakang. Aku memang selalu sakit belakang tanpa sebab. Maybe kesan dr suka sandang beg berat-berat kot. Tambah lagi, I travel a lot lately.

Rasa sakit kat ari-ari and sangat banyak discharge. Takut gak tapi kita tengok result after a week pakai PB ek?.

Beberapa kali terkentut dan sendawa tanpa dapat dikawal. Hahaha. Ini sangat-sangat memalukan. Tapi, apa salahnya kalau kita pura-pura macam takde apepe yang berlaku kan?

Gatal-gatal di kawasan punggung dan paha. Ini maknanya asid dalam badan sedang keluar. Nampak sangat banyak selulit. Muahahahaha!

Perot pun gatal jugak. Tu namanya perot boroi.

Pasal berapa berat yang tinggal atau inches yang berkurang. Kita tunggu nanti bila aku rajin nak mengukur. Skang ni aku trauma dengan penimbang sebab I gain 10kg bermula March 2010. Inches pulak.... Eh, mana pegi pita pengukur mak ni ek? Guna pembaris boleh?

I wear PB because of health. Nak menyihatkan badan dan menyingkirkan segala yang tidak perlu. Membetulkan postur badan dan menyembuhkan penyakit yang kita tak tahu.

For one day testimonial,

COMFORT!

p/s: tengah menanti lagi satu precious jugak ni.. :D