Wednesday, October 31, 2018

THE SMALL FAMILY

Its been a while I didnt updating my blog. Seriously.
Sedangkan satu masa dulu, menulis is my passion.
Biasanya update di facebook, tetap ada kenalan tanya,

"Awak ni penulis ke? Ayat awak tu macam seorang penulis..."

Life been "macam ni lah".
Still.
But I am upgrading the member of our family.
Kehadiran Tauqir menambahkan seri.
Si buah hati penyejuk hati semua.
Gandingan si kakak dan si adik yang menceriakan hari-hari ku.

Alhamdulillah. Keduanya baik baik sahaja.
Saling menyayangi.
Dan jangan tanya untuk tambah lagi.
I am still surviving mentally and physically.

Kenapa tiba-tiba cari blog ni? Kenapa tiba-tiba mahu menulis? Kenapa dan mengapa? Sebab aku rasa jiwa aku kosong lately ni. Rasa yang tiada ertinya. Tahun 2018 ni banyak bawa perubahan dalam hidup aku especially in developing my career. Tapi, biasalah... when no one support you, it still nothing. Tapi aku tetap bersyukur dan terus berjalan, berlari dan memecut. Sebab walau macammana dan apa pun yang terjadi, kita juga yang kena jaga diri dan hati sendiri.

We manage our self. We fix our own feelings.

Petang tadi bercerita dengan yang tersayang...

"Kadang kadang rasa menyesal memilih jalan ini.... memilih untuk ini.... tapi ini takdir dan kena redha..."

Aku manja. Aku suka dipeluk. Aku suka disayangi. Aku suka bergurau senda. Sebijik macam perangai Tauqir. Ya, Tauqir reflects me much. Tapi jangan buat aku naik angin, ada yang menyesal di kemudian hari. And thats Tauqir too...

Ntahlah. Banyak nak tulis ni. Rasa macam nak bercerita dan meluah macam-macam. Tapi ini public. Hidup ini mematangkan apabila aku sudah mampu berfikir yang tak semua perkara kita boleh kongsi di khalayak umum.

Yang terguris dan terluka, biarkanlah ia sembuh sendiri.
Itupun jika ia mampu untuk sembuh.
Jika ia tidak mampu untuk sembuh...
Biar ia mati... biar ia pergi.....

Dan ketika itu baru mereka tahu, betapa peritnya sebuah kehilangan........

Tuesday, October 30, 2018

RASA

Bila rasa itu mati.
Jasad masih teguh berdiri.
Hati tak tahu ke mana pergi.
Tapi aku masih perlu di sini.

Pada satu rasa,
Kosong.
Hilang.
Perit.
Sakit.
Pedih.

Namun adakah yang mahu mengerti.
Adakah yang mahu memahami.
Rasa hidup yang tiada erti.
Yang tinggal kosong tiada seri.

Kuat.
Kuatlah.
Dan terus kuatkan.

Kerna masih ada yang perlu.
Kerna masih ada yang sayang.
Kerna masih ada yang mahu disini.

Mereka. Ya mereka.

Titik.