"Teh tu, dah dapat APC, terus mengandung..."
Memula aku tergelak. Dah rezeki bertimpa-timpa. Nak buat macammana kan? Atau dia buat lawak? Atau apakah?
Semua staff diam, buat tak tahu.
Siapakah dia untuk menidakkan rezeki dari Allah?
Siapakah dia untuk tahu setiap cerita dan kisah hidup aku dan suami. Macammana kitorang berusaha dan bersabar dalam menanti zuriat impian kami ini?
Siapakah dia untuk aku luahkan setiap susah payah yang aku rasa?
Dimana dan apa sakitnya?
Yang aku sentiasa berdoa agar anak ini terus kuat dan sihat.
Sekuat abahnya.
Segagah abahnya.
Sebaik budi abahnya.
Serajin abahnya.
Sepenyayang abahnya.
Setabah abahnya.
Dan seperti abahnya yang sentiasa mengingati yang Esa.
Dan betapa mudahnya airmata aku mengalir apabila ada yang mengambil mudah dan sinis dengan sikap aku yang terlalu mengambil berat dengan zuriat di dalam kandungan ini.
Yang aku jaga.
Yang aku tatang.
Yang aku sering risau jika terkasar.
Yang aku sering menangis bila kehendak untuknya tak dipenuhi.
Kerana ini harta yang tak ternilai.
Harta akhirat. Saham akhirat.
Yang tak terbanding dengan urusan-urusan duniawi.
Yang hanya memikirkan kepentingan diri dan jiwa masing-masing.